30 Hari 30 Resepi Khairul Aming: Rendang 1 Ekor Ayam

  • Post author:
  • Post category:Makan / Resepi / Viral
  • Reading time:8 mins read
You are currently viewing 30 Hari 30 Resepi Khairul Aming: Rendang 1 Ekor Ayam

Sedar tak sedar lagi 2 hari kita dah nak raya kan. Macam mana persiapan raya korang ke korang teringin nak raya terkejut lagi ni. Apapun sebelum kita terkena raya terkejut lebih baik kita sediakan semua barang awal-awal contohnya masak awal. Hari ni min nak share resepi hari raya yang korang boleh buat untuk makan masa pagi raya nanti. Resepi ni macam biasa datang dari Khairul Aming iaitu Rendang 1 Ekor Ayam. Orang yang baru pertama kali nak masak rendang boleh cuba resepi ni sebab simple dan mudah je nak buat. Jom baca sampai habis.

rendang ayam dan pulut kuning

Rendang 1 Ekor Ayam yang sedap dan best nak makan dengan lemang, ketupat dan sebagainya. Resepi simple jom kita cuba masak !

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam
  • Halia
  • Lengkuas
  • Kunyit hidup
  • 4 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 batang serai
  • Segenggam cili kering
  • 1 kotak kecil santan (Santan best ada disini –> https://shope.ee/9zRjPSN01U)
  • 2 keping asam keping
  • Gula melaka (Tak lengkap tanpa gula melaka –> https://shope.ee/eNVElojB)
  • Garam
  • Serbuk perasa (Serbuk perasa ni sedap –> https://shope.ee/1L9l5kRvUm)
  • 2 sudu kerisik
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit

Cara-cara:

potong bawang

1. Mula-mula ambil 4 biji bawang merah saiz sederhana besar, 4 batang serai potong kecil, halia sebesar ibu jari, lengkuas sebesar ibu jari, 4 ulas bawang putih, dan seketul kecil kunyit hidup.

blend cili dan bawang

2. Sediakan blender masukkan bahan yang dipotong tadi dan masukkan juga cili kering yang sudah direbus. Blend sehingga betul-betul hancur.

masukkan air

3. Kemudian, tumiskan bahan yang kita blend tadi dan masukkan sedikit air.

tunggu pecah minyalk

4. Kacaukan sampai sebati. Kita tunggu sampai sambal kita tumis tu pecah minyak.

masukkan ayam

5. Bila dah pecah minyak kita masukkan 1 ekor ayam yang sudah dipotong dan sudah dibersihkan.

letak santan

6. Tuangkan sekali 1 kotak kecil santan dan 2 keping asam keping. Kacaukan sampai rata.

letak perasa

7. Bila dah kacau tambahkan pula perasa seperti gula melaka, garam dan serbuk perasa. Kacaukan sampai gula melaka cair dan boleh juga korang tambahkan air masak lagi ayam tu dalam 30 ke 40 minit. Api jangan besar tau.

letak kerisik

8. Ingat sentiasa kacau rendang tu sebab kita tak nak rendang kita hangit dan bila air pun dah kering tambahkan 2 sudu kerisik dan 4 helai daun limau purut yang sudah dicarik.

letak daun limau purut

9. Masukkan juga daun kunyit yang sudah dihiris nipis dan gaulkan sampai rata.

letak daun kunyit

10. Kita tunggu lagi sampai minyak rendang tu naik dan tambahkan lagi sikit daun kunyit kalau korang nak tambah lagi kalau tak nak pun tak apa sebab dah letak. Kita tunggu sampai ayam tu masak sambil gaulkan rendang.

rendang siap

11. Bila ayam dah empuk rendang pun siaplah dan boleh matikan api. Tapi hati-hati dengan garam sebab rendang ni kalau korang masak malam esoknya dia boleh jadi masin terlebih sikit jadi korang adjust lah garam dan perasa tu baik-baik.

Haa itu sahaja resepi Rendang 1 Ekor Ayam dari Khairul Aming. Senang ke susah ? Kalau untuk pertama kali cuba masak rendang mungkin akan susah kan tapi lama-lama masak ni akan jadi senang je weh. Rasa pedas dengan ayam empuk makan pula panas-panas bersama pulut kuning memang terangkat lah weh. Korang kalau nak tengok video resepi rendang 1 ekor ayam dari Khairul Aming ni boleh tengok disini. Resepi pulut kuning pun ada tau korang boleh tekan je link dekat bawah ni.
https://purpledurian.my/makan/30-hari-30-resepi-khairul-aming-pulut-kuning/

Selamat mencuba korang !

Leave a Reply