Menu special apa lagi yang akan dibawakan oleh Khairul Aming ya? Min tengok ramai betul rakyat Malaysia yang dah cuba pelbagai jenis resepi yang dikongsi oleh Khairul Aming. 30 hari 30 resepi dari Khairul Aming betul-betul viral sampai banyak bahan habis sebab terlalu ramai yang beli barang dan nak buat resepi beliau. Jadi untuk puasa ke-12 ada resepi special yang mudah je untuk korang ikut iaitu Ketam Masak Lemak Cili Api.
Nak masak lauk tempatan macam Ketam Masak Lemak Cili Api? Jom ikut resepi ini !
Bahan-bahan:
- 3 ekor ketam bunga (boleh tambah kalau nak makan ramai-ramai)
- 6 biji cili padi merah
- 6 biji cili padi hijau
- 2 ketul kunyit hidup
- 2 batang serai
- 2 kotak kecil santan (Cari santan yang berkualiti klik sini –> https://shope.ee/2feuGw4RwT)
- 2 biji ubi kentang
- 1 keping asam keping (Nak ganti dengan pes asam jawa pun boleh –> https://shope.ee/AUNlbHki0b)
- Air
- Garam
- Gula
- Hirisan daun kunyit
Cara-cara:
1. Mula-mula, blendkan 6 biji cili padi merah, 6 biji cili padi hijau dan 2 ketul kunyit hidup. Masukkan air sedikit untuk memudahkan proses blender dan blend bahan sehingga hancur.
2. Masukkan bahan yang diblender ke dalam periuk dan masukkan ketam bunga yang telah siap disiang. Tambahkan juga 2 batang serai yang telah diketuk dan kacaukan semua hingga rata.
3. Kemudian, tuangkan 2 kotak kecil santan dan masukkan air ke dalam periuk. Tapi untuk air tidak perlu letak banyak sebab kita tak nak masak lemak kita jadi cair sangat dan jangan lupa untuk kacau bagi rata.
4. Masukkan pula 2 biji kentang yang telah dipotong kecil. Kentang ni korang jangan potong besar sangat tau sebab nanti lambat masak.
5. Selepas itu, masukkan perasa seperti garam dan gula. Tambahkan juga sekeping asam keping ke dalam masak lemak dan gaulkan.
6. Akhir sekali, dah nampak kuah masak lemak tu mula mendidih boleh lah tambahkan hirisan daun kunyit dan gaulkan.
7. Dah naik bau hirisan daun kunyit tu dan dah mendidih boleh lah korang matikan api. Dah siap boleh dihidangkan untuk makan masa berbuka nanti.
Macam mana korang lepas dah tahu resepi ni. Mudah je kan. Untuk pengetahuan korang kalau korang tak ada kunyit hidup korang boleh gantikan dengan 1 sudu serbuk kunyit. Kalau korang perasan semua bahan ada dekat rumah kecuali ketam lah kan. Itu kena beli dulu lah baru boleh buat ketam masak lemak cili api sama macam dalam resepi Khairul Aming tu. Korang wajib cuba tau resepi ni sebab memang sedap sangat lagi kalau yang suka pedas tu boleh tambah lagi cili. Kalau korang nak tengok video resepi ni boleh tengok disini. Selamat mencuba guys !