Sempena hari raya yang bakal tiba ini Khairul Aming telah kongsikan satu resepi biskut raya yang simple dan mudah untuk kita buat. Beliau kongsikan resepi Cadbury Tart atau nama lain Cadbury Pod di sosial medianya. Apa yang penting tart cadbury ni tak keras tau tapi coklat dia tu lembut je bila makan dan cair dalam mulut. Sesuai sangat dijadikan biskut raya atau pun dessert masa rumah terbuka nanti. Korang memang kena try resepi ni.
Nak kongsikan biskut raya yang sedap dengan tetamu yang hadir masa raya nanti? Cuba lah buat Cadbury Tart/Cadbury Pod mesti tetamu korang suka.
Bahan-bahan:
- 250g unsalted butter
- ½ cawan gula
- 1 biji telur
- ½ sudu kecil garam
- 1 penutup kecil esen vanilla
- 3 ½ cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung jagung
- Cadbury Original (Cari dekat sini lagi senang –> https://shope.ee/7UkGA1K2id)
- Badam cincang
- Piping bag
- Egg tart tamper (Nak mudah beli disini –> https://shope.ee/1L9coU4mW0)
Cara-cara:
1. Sediakan satu bekas dan masukkan 250g unsalted butter, ½ cawan gula. 1 biji telur,½ sudu kecil garam dan 1 penutup kecil esen vanilla.
2. Mix kan bahan-bahan menggunakan mixer sehingga sebati.
3. Bila dah sebati kita masukkan pula 3 ½ cawan tepung gandum dan 1 cawan tepung jagung.
4. Gaulkan sampai sebati hingga tepung tu dah tak melekat dekat tangan maknanya adunan doh kita dah cantik dan sebati.
5. Kemudian, kita ambil doh sedikit dan bulat-bulatkan. Letakkan doh yang dah siap dibulat tadi ke dalam tray.
6. Bila tray dah penuh ambil egg tart tamper yang ini boleh cari di kedai jual alatan bakery. Ambil egg tart tamper tu letakkan sedikit tepung dan tekap doh macam dalam gambar.
7. Kalau dah siap rupa pod tu akan jadi macam dalam gambar ni.
8. Bila dah siap kita bakarkan pula doh kita di dalam oven dengan suhu 170°C selama 13 minit.
9. Lepas itu ambil 1 paket besar Cadbury Dairy Milk yang original dan double boiled coklat untuk cairkan.
10. Bila coklat dah cair masukkan dalam piping bag dan isikan coklat ke dalam pod yang sudah siap dibakar tadi.
11. Taburkan sedikit badam cincang diatas coklat sebagai hiasan dan letakkan pod yang sudah siap ke dalam peti sejuk untuk keraskan coklat.
12. Siaplah kita punya Cadbury Tart/Cadbury Pod.
Resepi Cadbury Tart yang dikongsikan oleh Khairul Aming sangat best untuk kita cuba. Selalu kita buat biskut raya yang biasa macam semperit, tart nenas, biskut aiskrim dan macam-macam lagi. Tapi kalini boleh lah kita buat biskut raya yang lagi menarik tapi min tak jamin Cadbury Tart ni akan tahan sampai raya kalau korang buat sekarang sebab tak sampai sehari mesti dah habis tart ni kan. Apapun kalau korang nak tengok video resepi Cadbury Tart dari Khairul Aming boleh tengok disini. Selamat mencuba semua !