30 Hari 30 Resepi Khairul Aming – Ayam Masak Bali

  • Post author:
  • Post category:Makan / Resepi / Viral
  • Reading time:6 mins read
You are currently viewing 30 Hari 30 Resepi Khairul Aming – Ayam Masak Bali

Menu special untuk berbuka puasa hari ni adalah Ayam Masak Bali dari Khairul Aming. Menurut beliau rasa ayam ni macam kahwinkan ayam masak merah dan ayam masak kicap. Dengar macam sedap je kan. Tapi resepi apa je yang datang dari Khairul Aming tak sedap bagi min semua resepi yang Khairul Aming kongsikan ni semuanya sedap yang penting kena ada kerajinan baru lah jadi. Apapun jom kita tengok macam mana nak masak ayam masak bali ni, baca artikel sampai habis.

ayam masak bali

Sempena puasa ke-13 ni Khairul Aming kongsikan resepi menarik lagi iaitu ayam masakk bali. Jom kita cuba masak!

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • Garam
  • Minyak
  • 3 biji bawang merah saiz besar
  • 5 ulas bawang putih
  • Halia sebesar ibu jari
  • 5 batang serai
  • 5 tangkai daun kari
  • 3 sudu cili boh
  • 1 sudu sos tiram Mahsuri (tak ada sos tiram Mahsuri boleh klik link ni > (https://shope.ee/qD7qzM4wE)
  • Kicap pedas manis Mahsuri (tak ada kicap pedas manis Mahsuri boleh klik link ni > (https://shope.ee/3VDt1ya1wm)
  • Air asam jawa
  • 2 biji cili padi merah
  • Air

Cara-cara:

1. Mula-mula, sediakan ayam dan masukkan 1 sudu serbuk kunyit serta garam secukupnya. Gaulkan sehingga garam dan serbuk kunyit rata.

goreng ayam

2. Sediakan kuali dan minyak panas untuk menggoreng ayam. Gorengkan ayam hingga masak dan agak garing. Kemudian, angkat ayam dan ketepikan untuk seketika.

blend bawang halia

3. Sediakan blender untuk blend 3 biji bawang merah bersaiz besar, 5 ulas bawang putih, halia sebesar ibu jari dan tambahkan air untuk memudahkan proses blend. Blend hingga halus dan hancur.

tumiskan bahan-bahan

4. Sediakan kuali dan minyak panas untuk menumis. Masukkan 5 batang serai yang telah diketuk dan 3 tangkai daun kari. Tunggu sehingga daun kari layu boleh masukkan bahan yang diblender tadi ke dalam kuali untuk tumis.

masukkan sambal

5. Lepas itu korang campurkan 3 sudu cili boh dan kacaukan. Ia akan ambil sedikit masa untuk tunggu bawang tadi masak.

6. Kalau kering boleh tambahkan sedikit air dan tunggu hingga bahan tumisan itu pecah minyak.

sos tiram dan kicap

7. Kemudian, tambahkan 1 sudu sos tiram dengan kicap pedas manis. Kicap tu korang boleh tambah macam korang masak ayam masak kicap. Maknanya letak banyak la sampai nampak tumisan tu warnanya gelap.

letakkan daun kari dan cili

8. Masukkan pula air asam jawa sedikit dan kacau. Barulah kita masukkan ayam goreng kita tadi ke dalam kuali dan gaulkan. Nak kick lagi bau dan rasa dia boleh masukkan 2 tangkai daun kari dan 2 biji cili padi merah yang telah dipotong.

9. Kacau-kacau hingga sebati boleh matikan api dan siaplah ayam masak bali.

Haa.. macam mana korang rasa resepi kali ni susah ke senang je nak buat. Bagi min senang je sebab bahan-bahan semua dah ada kan tapi kalau tak ada jangan risau korang tekan link dekat bahan tu untuk cari bahan apa yang korang tak ada. Rasa ayam masak bali ni pun sedap tau korang, boleh cuba masak untuk berbuka nanti. Kalau korang nak tengok video resepi boleh klik disini. Selamat mencuba dan selamat berpuasa semua !