30 Hari 30 Resepi by Hamdan Mubarak: Sunquick Laici

  • Post author:
  • Post category:Makan / Moden / Resepi
  • Reading time:5 mins read
You are currently viewing 30 Hari 30 Resepi by Hamdan Mubarak: Sunquick Laici

Bismillah! Laici lagi? Kalau korang perasan, laici ni memang universal tau. Boleh masuk dengan semua jenis air. Sirap laici lah, bandung laici lah, ini kan pula sunquick laici? Jangan terkejut ya. Yang pasti, semua menu yang menggunakan laici ni pasti sedap dan menyegarkan di waktu berbuka puasa. Jadi, jom lah kita buat sama-sama resepi ni!

MENU: SUNQUICK LAICI

sunquick laici

Bahan-bahan:

  • 1 cawan oren Sunquick
  • 1 botol soda F&N
  • 1 tin laici
  • Ais

Cara-cara:

sunquick oren
ais

1. Sediakan jag air yang besar. Masukkan 1 cawan kordial oren jenama Sunquick.
2. Terus masukkan ais sehingga penuh jag.

soda f&n
laici

3. Tuangkan 1 botol soda jenama F&N ke dalam jag.
4. Gunakan 1 tin laici kegemaran korang untuk menjadikan rasa air oren lebih segar.

sunquick laici
sunquick laici

5. Kacaukan air sehingga rata supaya kordial oren tidak mendap di bahagian bawah.
6. Siap dan boleh dihidang untuk berbuka puasa.

Banyak betul kan resepi yang menggunakan laici tahun ni. Ini petanda korang wajib cuba tau! Min dah ada kongsikan dua menu laici yang lain seperti Bandung Laici Vanilla dan Air Tiga Benua. Korang tinggal buat je. Mana tahu resepi ni akan jadi air kegemaran korang nanti.

Video Penuh: Sunquick Laici

Artikel oleh Nor Azhariah Mohamad Nor

Leave a Reply