Bismillah! Teringin nak makan spaghetti tapi tak sesuai dengan tekak Melayu? Jangan risau. Min nak kongsikan resepi yang pasti boleh buat korang terima tau! Dipadankan pula dengan ayam goreng. Korang mesti suka ni. Jom tengok!
MENU: Spaghetti Masak Lemak Cili Api & Ayam Goreng

Bahan-bahan:
Spaghetti:
- Garam
- Spaghetti
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- Kunyit hidup
- 7 batang cili padi
- Air
- 1 sudu kecil serbuk perasa
- 1/2 kotak kecil santan
- Hirisan daun kunyit
Ayam goreng:
- Tepung Bestari pedas
- Air sejuk
Cara-cara:



1. Mula-mula, panaskan air di dalam periuk yang bersaiz sederhana. Tunggu air sehingga mendidih.
2. Setelah air mula mendidih, masukkan 1 sudu kecil garam dan satu genggam spaghetti. Masak selama 8 minit dan boleh toskan spaghetti tersebut.



3. Di dalam pengisar, masukkan 1 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih, kunyit hidup, 7 batang cili padi dan sedikit air. Kisar bahan-bahan tadi sehingga halus.



4. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan kisar di dalam minyak panas dan kacau sekejap.
5. Masukkan 1 sudu kecil garam dan 1 sudu kecil serbuk perasa.



6. Masukkan juga 1/2 kotak kecil santan dan air rebusan spaghetti. Air biasa pun boleh digunakan juga. Kacau rata dan boleh taburkan hirisan daun kunyit di atasnya.


7. Setelah itu, letakkan spaghetti yang telah ditoskan tadi ke dalam kuali. Gaul sebati dan ketepikan untuk sementara.



8. Sediakan tepung Bestari pedas dan air sejuk di dalam 2 mangkuk berlainan. Masukkan ayam dan salut sehingga rata di dalam tepung yang kering.
9. Celupkan ayam tadi di dalam air sejuk selama 2 saat sahaja. Terus letakkan di dalam mangkuk tepung yang sama. Gaul sebati supaya ayam disaluti tepung sepenuhnya.


10. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam yang disalut tepung tadi. Angkat ayam setelah dimasak sehingga berwarna perang keemasan.
11. Hidangkan ayam goreng rangup bersama spaghetti di atas pinggan.
Macam tu je spaghetti di’Melayukan’ dengan resepi masak lemak cili api. Sangat sesuai untuk orang yang hanya boleh makan makanan berasaskan tekak Melayu kan. Boleh masak untuk mak dan ayah. Kalau ada anak, boleh kurangkan kuantiti cili padi di dalam bahan kisar. Untuk resepi ayam yang lain, boleh klik sini.
Video Penuh: Spaghetti Masak Lemak Cili Api & Ayam Goreng
Artikel oleh Nor Azhariah Mohamad Nor