Bismillah! Dah masuk Ramadan ke-11! Untuk berbuka harini, kita ada menu baru untuk korang. Tapi sebelum tu, pastikan korang dah ada Mamee Chef Laksa Nyonya dulu kat rumah tau. Kalau belum ada, korang beli je nanti. Yang penting, jom tengok resepi sedap ni dulu!
MENU: Mi Goreng Mamee Chef Laksa Nyonya Pattaya & Sotong Goreng Tepung
Bahan-bahan:
- Sotong
- Tepung goreng pedas
- Bawang Putih
- Bawang holland
- Telur
- Cili boh
- Sos tiram
- Sos cili
- Gula
- Mamee Chef Laksa Nyonya
- Bayam
- Kicap pekat
Cara-cara:
1. Pertama sekali, gaulkan sotong dengan tepung goreng pedas.
2. Kemudian, celupkan sotong ke dalam tepung yang sudah dicampur dengan air.
3. Salutkan dengan tepung yang kering sekali lagi.
4. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan sotong yang dicelup tepung ke dalam minyak panas.
5. Goreng sehingga garing dan angkat apabila kelihatan perang keemasan.
6. Untuk masak mi pula, letakkan minyak di dalam kuali yang lain. Tumiskan bawang putih, bawang holland dan 1 biji telur. Kacau sedikit.
7. Masukkan 1 sudu besar cili boh, sedikit air, sos tiram, sos cili dan 1 sudu besar gula.
8. Guna mi segera Mamee Chef Laksa Nyonya. Masukkan perencah yang sedia ada. Gaul sekejap.
9. Letakkan mi segera yang telah direbus, sayur bayam dan sedikit kicap pekat.
10. Boleh ketepikan dahulu selepas siap masak.
11. Pecahkan 2 biji telur. Ratakan telur di atas kuali.
12. Masukkan mi segera yang telah dimasak tadi di bahagian tengah telur. Bungkus mi segera dalam bentuk empat segi.
13. Telangkupkan bungkusan mi segera ke atas pinggan.
14. Hiaskan dengan sos cili, sotong goreng tepung dan kriuk kriuk mi segera Mamee.
15. Sudah siap dan sedia untuk dihidang.
Ini kalau makan waktu berbuka, memang sedap. Disaluti telur yang lembut dan dimakan bersama sotong goreng tepung yang rangup kriuk kriuk. Bercakap tentang jenama Mamee, korang boleh baca sejarahnya di sini juga tau!
Video penuh: Mi Goreng Mamee Chef Laksa Nyonya Pattaya & Sotong Goreng Tepung
Artikel oleh Nor Azhariah Mohamad Nor