30 Hari 30 Resepi by Hamdan Mubarak: Ikan Bakar Portugis

  • Post author:
  • Post category:Makan / Resepi / Viral
  • Reading time:9 mins read
You are currently viewing 30 Hari 30 Resepi by Hamdan Mubarak: Ikan Bakar Portugis

Bismillah! Bersama kembali dalam resepi Ikan Bakar Portugis daripada Hamdan Mubarak. Untuk resepi kali ini, Min akan ajar korang macam mana nak buat paste ikan bakar. Ini bukan resepi instant tau! Jadi, jom kita lihat cara-cara nak masak dengan lebih lanjut!

MENU: IKAN BAKAR PORTUGIS

ikan bakar portugis

Bahan-bahan:

  • Ikan siakap
  • Kicap manis
  • Hirisan daun kunyit

Rempah ikan (bahan kisar):

  • 2 biji bawang besar
  • 3 batang cili merah
  • 1 batang serai
  • 2 helai daun limau purut
  • Belacan
  • 3 biji buah keras
  • Air

Sos Pencicah (bahan kisar):

  • 1 biji bawang besar
  • 15 batang cili padi
  • Kicap manis
  • Air
  • 2 sudu kecil garam
  • Limau nipis

Cara-cara:

bahan kisar
bahan kisar di dalam kuali

1. Untuk bahan kisar, masukkan 2 biji bawang besar, 3 batang cili merah, 1 batang serai, 2 helai daun limau purut, belacan, 3 biji buah keras dan air secukupnya ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus.
2. Tuangkan bahan kisar yang cair ke dalam kuali untuk dimasak di atas dapur

2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk cili
perahan limau kasturi

3. Masukkan 2 sudu kecil garam, 1 sudu kecil serbuk cili dan perahan limau kasturi. Kacau sehingga kuahnya kering.

rempah ikan bakar
rempah ikan bakar
kicap dan rempah ikan bakar

4. Masak bahan kisar tadi sehingga kuahnya bertukar menjadi paste pekat sebegini.
5. Gunakan sudu untuk sapu paste ikan bakar ni ke atas kertas aluminium. Ratakan paste tersebut dan letak sedikit kicap manis di atasnya.

rempah ikan bakar
hirisan daun kunyit
ikan bakar dibalut aluminium foil

6. Selepas itu, letakkan ikan siakap dan ulang proses yang sama dengan menggunakan paste ikan bakar dan kicap manis.
7. Untuk langkah terakhir, taburkan hirisan daun kunyit di atas ikan.
8. Balut ikan dengan kertas aluminium dan sedia untuk dibakar di atas kuali leper.

goreng bawang dan cili padi
angkat bahan yang digoreng
masukkan bawang dan cili yang telah digoreng ke dalam pengisar

9. Untuk sos pencicah, panaskan minyak dan goreng 1 biji bawang besar dan 15 batang cili padi.
10. Pastikan goreng sehingga bahan-bahan itu layu dan boleh diangkat untuk dikisar.

masukkan kicap dan kisar bahan
tuang bahan kisar ke dalam mangkuk kecil

11. Setelah masukkan bawang dan cili padi di dalam pengisar, masukkan juga kicap manis, sedikit air, 2 sudu kecil garam dan limau nipis. Kisar halus dan boleh tuangkan di dalam mangkuk kecil.

terbalikkan ikan bakar
ikan bakar portugis

12. Jangan lupa ikan bakar atas dapur ya. Terbalikkan bungkusan ikan supaya kedua-dua belah bahagian masak sepenuhnya.
13. Tunggu sekejap dan siap untuk dihidang bersama nasi putih.

Bila dah ada resepi ni, boleh juga lah korang merasa makanan yang diinspirasikan daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Dulu-dulu kan Tanah Melayu pernah dijajah oleh Portugis. Jadi, ini lah kisah di sebalik resepi ikan bakar Portugis ni. Menarik tak? Kalau menarik, apa lagi. Jom lah masak!

Video penuh: Ikan Bakar Portugis

Artikel oleh Nor Azhariah Mohamad Nor

Leave a Reply