30 Hari 30 Resepi by Hamdan Mubarak: Ayam Masak Cili Padi

  • Post author:
  • Post category:Makan / Resepi / Viral
  • Reading time:7 mins read
You are currently viewing 30 Hari 30 Resepi by Hamdan Mubarak: Ayam Masak Cili Padi

Bismillah! Hari ini kita berkongsi resepi Ramadan ke-10 daripada Hamdan Mubarak. Hidangan ini sangatlah sesuai untuk penggemar ayam dan cili padi. Tidak lain, tidak bukan.. sudah pastilah nama resepi ini AYAM MASAK CILI PADI. Jom ikut resepi yang mudah ni!

MENU: AYAM MASAK CILI PADI

ayam masak cili padi

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 15 batang cili padi
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Air asam jawa

Cara-cara:

ayam dan garam
serbuk kunyit

1. Setelah ayam dibersihkan, letakkan garam dan serbuk kunyit. Gaulkan ayam dengan rata.

ayam digoreng
ayam goreng diketepikan

2. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan ayam tadi ke dalam minyak panas untuk digoreng.
3. Angkat ayam setelah kelihatan perang keemasan dan ketepikan dahulu.

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
15 batang cili padi

4. Untuk bahan kisar, masukkan 1 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih dan 15 batang cili padi ke dalam bahan pengisar.
5. Kisar sehingga halus.

tumisan
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam

6. Tumiskan bahan kisar ke dalam minyak panas.
7. Masukkan 1 sudu kecil gula dan garam.

1 sudu besar sos tiram
air asam jawa
sedikit air

8. Masukkan juga 1 sudu besar sos tiram, air asam jawa, dan sedikit air.
9. Gaul bahan-bahan yang telah dimasukkan sehingga sebati. Jangan biarkan terlalu kering.

ayam di dalam kuali
ayam masak cili padi

10. Masukkan kesemua ayam yang telah digoreng tadi ke dalam kuali. Gaul sebati
11. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

Senang kan? Goreng goreng dan tumis sahaja. Bahan-bahan yang digunakan pun pasti sudah ada di dapur. Korang tak perlu keluar rumah untuk masak menu yang sesedap ni. Kalau nak tengok resepi masak lemak cili padi pula, boleh klik di sini. Selamat mencuba!

Video penuh: Ayam Masak Cili Padi

Artikel oleh Nor Azhariah Mohamad Nor

Leave a Reply