Resepi Khairulaming – Maggi Goreng Basah Yang Mudah Untuk Dikongsi

  • Post author:
  • Post category:Makan / Resepi
  • Reading time:6 mins read
You are currently viewing Resepi Khairulaming – Maggi Goreng Basah Yang Mudah Untuk Dikongsi

Haa… selalu korang dengar mee goreng basah atau kuey teow basah. Tapi kalini min nak tunjuk yang maggi pun boleh jadi maggi goreng basah tau. Apa yang penting kita kene ada kreativiti masing-masing. Min tahu banyak je resepi maggi ni sebenarnya.

Tapi korang kene tahu maggi ni sebenarnya boleh jadi macam-macam jenis makanan tau macam murtabak maggi, kerabu maggi dan banyak lagi. Kalau korang nak tahu mengenai resepi maggi yang sedap boleh klik sini. Min nak kongsikan banyak resepi lagi dengan korang.

Maggi Goreng Basah

Apapun resepi maggi goreng basah ni bukanlah resepi baru tapi kalini resepinya dari food influencer terkenal iaitu Khairulaming.

Bahan-bahan untuk masak maggi goreng basah ni sangat mudah untuk didapati dimana-mana pasaraya berdekatan dengan korang. Student pun boleh try resepi ni tau sebab senang sangat. Jom cuba masak !

Bahan-bahan:

  • 2 paket maggi kari ( Nak beli maggi + perencah dengan harga murah, boleh dapat sini > https://shope.ee/7A6aDa2bWV )
  • Isi ayam/ikan/udang/daging
  • 1 perencah maggi kari
  • 1 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu cili boh
  • 1 sudu cili sos ikut citarasa
  • 1 sudu kicap manis ikut citarasa ( Nak lagi pedas ada kicap manis pedas kat sini > https://shope.ee/8evO1ExIov )
  • Air
  • Cili padi (optional)
  • Daun sawi (optional)
  • Limau nipis (optional)

Cara masak:

1. Rebuskan maggi di dalam air yang mendidih dan tapiskan maggi.

Rebus maggi
Source: Khairulaming TikTok

2. Tumiskan bawang merah dan bawah putih sehingga naik bau.

Tumis bawang
Source: Khairulaming TikTok

3. Masukkan isi ayam mengikut jumlah yang korang suka. Kalau suka ayam banyak boleh masukkan banyak isi ayam. Lepas itu, masukkan 1 sudu cili boh dan kacau sehingga sebati.

Masukkan isi ayam dan cili boh
Source: Khairulaming TikTok

4. Kemudian tuangkan air.

Tuang air
Source: Khairulaming TikTok

5. Masukkan 1 paket perencah maggi kari, kicap manis dan sos cili.

Masukkan perasa
Source: Khairulaming TikTok

6. Seterusnya, dah boleh tambah maggi, tambah cili padi jika ingin pedas dan tambahkan daun sawi. Cili padi dan sayur sawi ni optional kalau korang nak tambah boleh tak nak tambah pun boleh.

Masukkan maggi
Source: Khairulaming TikTok

7. Dah nampak sayur layu dan bolehlah angkat letak di pinggan. Jangan tunggu lama sangat sebab nanti maggi akan kembang.

Dah siap maggi goreng basah
Source: Khairulaming TikTok

8. Dah siap dan boleh dimakan. Kalau korang ada Sambal Nyet Khairulaming boleh tambah juga tau dan tambahkan sedikit perahan limau nipis. Haa.. ini pun optional tau korang.

Senang kan resepi ni? Korang boleh try resepi maggi goreng basah di rumah okay ! Untuk student korang pun boleh try juga sebab bahan-bahan semua senang dapat lagi-lagi maggi mesti korang ada kan… Hehe

Selamat mencuba !