Pada masa sekarang, pelbagai kuih atau kudapan yang kita boleh dapatkan. Namun begitu, pencinta kuih tradisional mesti tidak melupakan kuih Cucur. Cucur juga dikenali sebagai jemput-jemput atau cekodok, adalah sejenis kuih goreng yang menjadi kegemaran ramai. Kuih ini mempunyai pelbagai variasi seperti cucur udang, cucur ikan bilis, cucur badak, dan lain-lain. Menariknya, jika anda mempunyai lebihan roti, jangan risau, kini anda boleh menyediakannya sebagai Cucur Roti yang lazat sebagai snek untuk minum petang.
Bahan-bahan:
- 5 keping roti
- ½ cawan air
- 1 biji telur
- 3 sudu tepung gandum
- ½ sudu kecil serbuk penaik
- Crabstik atau sosej (dipotong kecil)
- Daun bawang
- Cili merah (dipotong dadu)
- Serbuk pati ayam
- Garam
Cara Masak:
- 1. Carik-carik roti dan rendam dalam air, kemudian biarkan selama 5 minit agar roti kembang dengan sempurna.

- 2. Tambahkan semua bahan-bahan lain ke dalam adunan dan gaul sebati, kemudian biarkan selama 10 minit.

- 3. Panaskan minyak dan sendukkan adunan ke dalam minyak panas. Goreng sehingga keemasan dan rangup. Sedia untuk dihidangkan!

Dah siap!! Boleh lah nikmati kuih ini dengan sos pencicah dan ditemani teh atau kopi O, cukup membangkitkan selera. Gerenti makan susah nak berhenti. Selamat mencuba!!!
Baca juga artikel:
- Kacang Salut Tepung ‘Krup-krap’, Buat Sendiri Saja Di Rumah!
- ‘Koklu’: Inovasi Harmoni Dua Kuih Tradisional Kelantan.
Artikel oleh Syuriana Ibrahim.