Rasai Burger Pattaya di Drive In Burger

You are currently viewing Rasai Burger Pattaya di Drive In Burger

Selalunya bila cakap pasal drive in, kita pasti akan fikir KFC, Mc Donald dan laian-lain restoran yang menyediakan kemudahan ini. Tapi, kali ini Izzah nak ceritakan dekat korang semua bukannya fasiliti tetapi nama stall makanan ni ialah Drive In Burger! Menarik kan?

Terletak di George Town, stall ni sememangnya akan menarik perhatian korang semua dengan menunya yang cukup unik. Pelbagai review telah menyatakan kesedapan burger di sini. ntuk maklumat lanjut mengenai tempat yang menjual burger yang sedap, klik link ini: https://purpledurian.my/food-review/nikmati-cheese-leleh-di-hinggaq-burger/

Review Drive In Burger (google.com)
Review Drive In Burger (google.com)

Menu

Pattaya Burger (RM 12)

Burger Pattaya di Drive In Burger (TIkTok: Halal Foodie)
Burger Pattaya di Drive In Burger (TIkTok: Halal Foodie)

Namanya pun dah pattaya, mestilah burger ini merupakan versi pattaya. Yang bestnya tentang burger ini? Burger ni menggunakan 5 butir telur! Banyak tu… Memang mantap la!

Secara keseluruhannya, Drive In Burger ni pasti tidak akan mengecewakan korang. Korang mesti datang dan mencubanya terutamanya buat sesiapa yang menetap di Penang! Untuk maklumat lanjut sila skrol ke bawah. Untuk mencari makanan yang sedap di Penang, sila tekan pautan ini: https://purpledurian.my/food-review/jom-makan-nasi-kandar-dengan-ayam-goreng-saiz-xl-di-ali-nasi-kandar-ipd-corner/

Lokasi

📍Drive In Burger
Lebuh Dickens, George Town, 10050, George Town, Pulau Pinang
🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/eHJtuLTSxKytZUMo7
⏰12 pm – 10 pm (Tutup: Ahad)

Article currated by Izzah Norsham