Farmoq Steamboat & Grill: Port Steamboat & Grill Yang Wajib Untuk Dicuba di Johor

You are currently viewing Farmoq Steamboat & Grill: Port Steamboat & Grill Yang Wajib Untuk Dicuba di Johor

Korang tahu tak ada port untuk makan steamboat & grill yang sedap dekat Johor? Farmoq Steamboat & Grill yang terletak di Masai, Johor akan dapat memenuhi segala keinginan korang tau! Pelbagai jenis pilihan seafood yang korang boleh pilih. Ruang makan yang disediakan pun besar dan selesa. Service pun TIP TOP. Review pelanggan yang pernah makan di sini pun semuanya perfect. Nak baca boleh tekan di link ini. https://g.co/kgs/P3DQrV

Untuk mengetahui lokasi tempat makan steamboat yang lain sila tekan di sini.

Menu

Steamboat

Farmoq Steamboat & Grill
Steamboat Farmoq (Facebook)

Bagi peminat steamboat, min cadangkan korang ambil kuah tomyam. Kuah dia serius tak menghampakan. Padu gila beb rasa kuah tomyam dia ni. Lagi-lagi bila dimakan dengan segala jenis fishcake dan seafood. Kalau korang suka makan mee atau maggi tomyam, korang boleh dapatkan mee, maggi dan yang lain-lain juga. Farmoq Steamboat & Grill ni ada sediakan.

Bagi peminat sayur, mereka pun ada sediakan sayur yang boleh dimasak sekali di dalam steamboat. Confirm korang akan puas hati.

Farmoq Steamboat & Grill
Sayur Farmoq Steamboat & Grill (Facebook)

Nak tahu lokasi? Korang skrol ke bawah okay?

Grill

Farmoq Steamboat & Grill
Grill Farmoq (Facebook)

Farmoq Steamboat & Grill ini juga menyediakan daging dan ayam perap untuk korang grill. Bagi yang suka makan ayam atau daging perap macam min, min cadangkan korang untuk makan dekat sini. Pilihan daging dan ayam perap tu pun banyak. Serius tak menyesal.

Farmoq Steamboat & Grill
Ayam dan Daging Perap Farmoq (Facebook)

Tengok! Banyak betul jenis perapan yang mereka sediakan untuk korang makan. Korang pun boleh ambil banyak kali sebab tagline Farmoq Steamboat & Grill ni ‘Makan Sampai Puas”.

Bagi min, sangat berbaloi kalau makan dekat sini sebab korang boleh makan sampai kenyang! Iya, korang boleh keep on ambil perapan atau seafood sampai korang kenyang. Jadi, dengan hanya RM32 untuk seorang dewasa memanglah sangat berbaloi. Tunggu apa lagi? Jom terjah Farmoq Steamboat & Grill di Masai, Johor.

Untuk mengetahui port makan di Johor, sila tekan di sini.

Lokasi

📍 20, Jalan Kota 2/7, Kawasan Perindustrian Kota Puteri, 81750 Masai, Johor.

🗺️ Google Maps: https://maps.app.goo.gl/p5xzqH9Gd62xZKqn7

⏰Waktu Operasi: 5pm – 12am (SELASA TUTUP)

📲Facebook: https://www.facebook.com/FarmoqSteamboatnGrill

📲Instagram: https://instagram.com/farmoqsteamboatngrill?igshid=NzZhOTFlYzFmZQ==

“Article curated by Areisya Putri”