Kalau korang nak ketenangan dan jauh dari bunyi bising serta hiruk-pikuk di bandar, korang boleh singgah ke Hidden Café atau juga dikenali sebagai Suite 18 Hidden Café. Kafe ni terletak di Kampung Cina (Chinatown) yang terkenal dengan keunikan dan kecantikan bandar lama di Kuala Terengganu. Jadi lepas korang penat pusing pusing di Kampung Cina, korang boleh ngopi di kafe ini.
Kafe ini terletak di tingkat bawah Suite 18 Boutique Hotel, jadi korang tak perlu bersusah-payah ke tempat yang jauh untuk menjamu selera kerana pelbagai pilihan makanan dan minuman menarik ada disediakan di sini. Wow menarik kan kafe tersorok di dalam hotel!!
Kafe sangat sesuai untuk korang yang datang saje saje nak ngopi dengan member, small discussion, family gathering ataupun private functions sambil order kopi dan minuman yang kaw kaw!
Korang akan tertarik pada hiasan dalaman yang berkonsepkan hotel yang mewarnai latar belakang kafe yang menarik ni. Bagi min bahagian luar kafe ni memang lawa sangat dengan ada rumputnya yang kehijauan memang bagi ketenangan kepada min hahaha. Meja dan kerusi kayu kafe ini tersusun rapi dan kemas untuk makan dan lepak lepak disini.
Bagi min paling menarik sebab korang boleh duduk bersila sambil ngopi kerana mereka sediakan pondok yang besar untuk korang lepak. Pondok pun dihiasi sangat cantik dengan bunga, siap package dengan bantal cendawan yang comel dan besar kalau korang nak baring ha.
Datang sini korang wajib bergambar di lukisan mural yang bertemakan secawan kopi sangat aesthetic dan sesuai dengan ciri ciri Kampung Cina. Ini kerana kampung Cina terkenal dengan hiasan dinding mural seperti penyu ataupun lukisan bertemakan adat orang Cina di sekeliling bangunan Kuala Terengganu. Tagline owner kafe “Khabo nok mandi kopi. Nah ambik kau! JOM bergambor di Hidden Cafe ”, hahahaha tergelak min sambil menulis.
Untuk parking pulak kat sini, min suggest korang parking dekat bahagian belakang cafe di bahagian Pulau Warisan sebab banyak parking kosong kat situ and korang tak perlu menunggu lama untuk cari parking.
Kafe ini menyediakan pelbagai jenis makanan seperti masakan Western, Melayu dan Thailand. Jangan risau korang kopi pun ada serta pastries yang sedap dooh 🥰. Datang dari jauh jauh mengidam Nasi Dagang ha, jangan risau cafe ini ada sediakan untuk korang yang mengidam.
Menu yang sering menjadi pilihan ramai di Hidden Café ini ialah Nasi Pad Krapow Ayam dan Chicken Carbonara Spaghetti. Peminat pastri dan penkek pasti happy kerana terdapat pilihan menu seperti Belgian Chocolate Pancake, Cranberry Scone dan Portuguese Egg Tart yang disediakan secara homemade di sini.
Korang boleh hilangkan dahaga dengan mencuba pilihan kopi yang popular di sini seperti Café Latte dan Caramel Macchiato. Minuman lain-lain yang boleh korang cuba di sini termasuklah Butterscotch Frappe, Crème Choc Frappe, Pandan Latte.
Bagi min portion makanan sangat banyak dan harga pun sangat berpatutan. Berbaloi dengan portion yang dihidangkan. Jadi kat sini memang banyak pilihan yang korang boleh cuba even min pun rambang mata masa nak order makanan hehe.
MENU
1. Nasi Pad Krapow Ayam
Korang tak payah susah susah nak ke Thailand semata mata nak makan Pad Krapow Ayam kerana Hidden Cafe pun ada menu ni. Memang menyelerakan bila makanan tu sampai di meja min dan bau yang sangat sedap menaikkan selera korang ha. Portion ayam banyak dan isi dia pun cukup rasa dengan tekak min. Sangat berbaloi if korang nak try menu ni.
2. Belgian Chocolate Pancake
Dah kenyang makan hidangan utama, korang boleh try pulak pencuci mulut pula. Korang boleh order Belgian Chocolate Pancake. Rasa pancake sangat enak dan lembut dengan texture yang gebu sangat. Serius sedap dengan dihidangkan dengan ais krim vanilla di atas pancake. Btw kalau korang juga nak try pancake gebu, korang boleh check out Ahmad Lim Black Pancake. Boleh baca review min di sini ya https://purpledurian.my/makan/moden/ahmad-lim-black-pancake-pancake-gebu-dengan-topping-premium/
3. Portuguese Egg Tart
Rata-rata Google review yang min baca semua recommend Portuguese Egg Tart di Hidden Café. Jadi min pun order dan min sangat sangat suka ye! Texture luar dia sangat crispy dan isi dia tu gebu betul ye. Boleh rasa manis egg tart cukup dan bila makan uhmp sangat sedap ye! Jangan risau tart dibakar fresh setiap hari ye.
4. Cafe’ Latte
Antara menu yang menarik hati min, Cafe’ Latte yang dihiasi dengan corak art yang comel. Bagi min latte Hidden Café agak nice dan rasa kopi pun sangat ngam. Aroma latte ni sangat sedap bau dia dan kopi dia pun pekat. Tak begitu pahit dan tak manis sangat. Boleh repeat next time hehe. Korang kalau minat kopi bolehlah order Cafe’ Latte ni. Sedaknyaaa!!
Overall bagi min Hidden Cafe sangat sesuai tempat nak lepak sambil ngopi. Agak kelakar sebab sesuai dengan nama cafe ni, min pusing berapa kali area Chinatown nak cari mana lah Hidden Cafe. Rupanya memang betul hidden! Sebelah 7 Eleven je. Korang kena masuk dalam sikit and jalan sampai ke belakang baru korang nampak cafe tu.
Cafe ni sangat luas dan hipster ye korang. Diorang ada open dining area di luar yang cantik decoration dan lukisan yang menarik.Untuk makanan dan kopi, ada bermacam jenis coffee and other beverages. Menu dia agak banyak ya variety. Ada pastries and cookies also. Harga pun reasonable! Min sangat recommend korang yang berada di Chinatown Kuala Terengganu untuk rasai sendiri this hidden jewel 🙂
Location
📍Suite18 Hidden Cafe
67, Jalan Kampung Cina, Kampung Banggul, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu
🗺️Google maps: https://goo.gl/maps/92HPxQUHAKd7eRYd6
🗺️Waze : Hidden Cafe
📞Phone: 011-5860 0816
📱Facebook:https://web.facebook.com/Suite18HiddenCafe/?_rdc=1&_rdr
📱Instagram: https://www.instagram.com/suite18hiddencafe/?hl=en
📱TikTok: https://www.tiktok.com/@suite18_hiddencafe?is_from_webapp=1&sender_device=pc(link – if applicable