Port Makan Yang Banyak Jual Makanan Best dan Viral ! – Cun Cun Corner KL

  • Post author:
  • Post category:Makan
  • Reading time:4 mins read
You are currently viewing Port Makan Yang Banyak Jual Makanan Best dan Viral ! – Cun Cun Corner KL

Haa korang yang selalu lapar malam-malam tu, tahu tak nak makan dekat mana yang ada macam-macam jenis makanan. Meh min suggest dekat korang makan di Cun Cun Corner di KL. Dekat sini ada macam-macam gerai makanan yang jual makanan best dan viral tau. Apa je korang craving ada dekat sini. Nak makan yong tau foo, sizzling, buttermilk, dan banyak lagi. Korang boleh lah ajak family atau kawan-kawan datang ke sini.

cun cun corner

Tempat dia bukan saja banyak pilihan makanan tapi banyak juga tempat makan tau. Kawasan makan dia sangat luas dan besar. Meja pun banyak dan tempat letak kenderaan pun luas. Jadi korang tak perlu risau kalau nak datang makan dekat sini. Kalau korang nak tahu Cun Cun Corner ni dah viral tau beberapa bulan lepas sebab dekat sini banyak makanan best dan sedap. Korang wajib datang !

Haa malam dah makan dekat Cun Cun Corner, breakfast pun mestilah kena banyak pilihan juga kan. Haa min rasa korang kena baca artikel ni.
https://purpledurian.my/makan/makan-sate-masa-sarapan-pagi-uniknya-nurul-sate-batang-pinang/

Menu Cun Cun Corner

1. Sizzling

sizzling

Nak makan sizzling? Macam-macam menu sizzling ada dekat Cun Cun Corner ni, korang tinggal pilih je tau.

2. Shellout

shellout

Craving shellout lah pula, sini pun ada weh. Tak payah susah-susah nak ke tempat lain.

3. Lamb Chop

lamb chop

Korang peminat makanan western, dekat sini pun ada weh. Apa yang penting lamb chop dia lembut dan sos blackpepper dia pun sedap.

Ada macam-macam lagi sebenarnya min nak kongsikan dengan korang sebab dekat Cun-Cun Corner ni ada lebih 30 vendor makanan tau. Jadi ada lebih 100 jenis makanan ada dekat Cun Cun Corner ni. Korang yang nak datang ke Cun Cun Corner boleh datang bila-bila masa sahaja sebab mereka buka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 12 tengah malam. Jemput datang dan ajak sekali kawan-kawan tau !

Location

📍 Cun Cun Corner

Jalan 1/23C, Off, Jalan Usahawan, 53200, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/pZ7gNsE1XZw3yKdp6

📲Instagram: https://www.instagram.com/cuncuncornerkl/?hl=en
📲Facebook: https://web.facebook.com/cuncuncornerKL/?_rdc=1&_rdr
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@cuncuncornerkl