PappaRich Kembali dengan Mengagumkan: Perbualan dengan Pengarah Eksekutif, Andy Lim

  • Post author:
  • Post category:Makan / Moden
  • Reading time:4 mins read
You are currently viewing PappaRich Kembali dengan Mengagumkan: Perbualan dengan Pengarah Eksekutif, Andy Lim

Memanggil semua rakyat Malaysia yang merindui rasa PappaRich – rangkaian Kopitiam ikonik ini kembali semula di bawah kepimpinan Lim Kean Choong, juga dikenali sebagai Andy, seorang usahawan yang bersemangat. Ditubuhkan pada tahun 2005, PappaRich telah mencapai pengiktirafan antarabangsa, menyajikan masakan citarasa Malaysia yang sungguh lazat. Ia adalah salah satu kedai makan Kopitiam terbaik di Malaysia dengan suasana yang selesa.

Kami dengan berbesar hati telah menemu bual pengarah eksekutif PappaRich sendiri.

PappaRich Lite
Sumber: PappaRich

Perjalanan Andy dalam industri F&B didorong oleh semangat. Perjalanan beliau bermula pada usia 13 tahun dengan semangat keusahawanan yang kental. Dia kemudiannya beralih daripada industri IT dengan inspirasi daripada keluarganya yang berpengalaman selama 10 tahun dalam perniagaan F&B dan minatnya sendiri dalam bidang itu. Mereka juga telah menceburi hot pot Thai yang dipanggil “Bhai Jim Jum”. Beliau percaya akan kepentingan semangat untuk berjaya dalam bidang ini. Nilai inilah yang dia kongsi bersama bapanya yang juga turut menyertai PappaRich! Outlet pertama mereka yang terletak di NU Sentral telah mencecah 8 tahun.

PappaRich Char Kuey Teow
Sumber: PappaRich

PappaRich menghadapi sebuah cabaran baru-baru ini, iaitu dalam mengekalkan konsistensi dengan bahan-bahan utama mereka. Ini telah menyebabkan kehilangan beberapa pelanggan yang setia. Andy sungguh berkomitted untuk mendapatkan semula kepercayaan mereka dengan berpegang setia kepada citarasa rakyat Malaysia. Dalam memperoleh PappaRich di Malaysia dan Kemboja, Andy melihat nilai yang sangat besar dalam jenama dan warisannya.

PappaRich Lite 2
Sumber: PappaRich

Kami juga berbesar hati untuk mengumumkan PappaRich Lite, sebuah konsep restoran baharu yang memenuhi keinginan rakyat Malaysia moden. PappaRich Lite menawarkan makanan Kopitiam yang lazat dan harga berpatutan dalam suasana yang santai.

Andy berkongsi bahawa PappaRich akan kekal dengan elemen terasnya dalam meraikan makanan tempatan Malaysia. Beliau mempersembahkan rasa dan persembahan baharu dan inovatif, semuanya sambil menghormati warisan jenama. ntuk mencapai matlamat ini, PappaRich akan mengutamakan makanan berkualiti tinggi yang konsisten di samping menambah masakan baru yang menarik. Semua orang yang merindui rasa unik PappaRich digalakkan untuk merasai masakan lazat ini diri sendiri!

PappaRich Nasi Lemak
Sumber: PappaRich

Kini kami secara rasmi boleh mengatakan – PappaRich telah kembali, dan mereka akan kekal di Malaysia!

Dengan 3 lagi francais akan dibuka tahun ini dengan menu baharu yang diperbaharui serta pelancaran PappaRich Lite yang akan datang. Ingat lagi rasa roti bakar kaya mentega dengan kopi-o di sisi yang memikat hati anda? Menu tersebut dan banyak lagi akan kembali serta rasa dan kualiti makanan Malaysia yang lazat. Mari ke PappaRich untuk menikmati menu-menu ini!

Artikel oleh Farzana Iwani