D’Yummy Chicken Cheese yang terletak di tengah bandar Tawau merupakan restoran yang terkenal dengan pelbagai menu istimewa berasaskan keju. Bukan itu sahaja tapi yang menariknya di sini juga ada menu lain yang disediakan kepada pengunjung.
Kepada anda para penggemar keju, boleh berkunjung ke D’Yummy Chicken Cheese yang terletak di tengah Bandar Tawau, iaitu berhadapan Masjid Waqaf Ahmad dan bersebelahan bangunan Wisma Waqaf. Dengan tema bangunan berwarna kuning seperti keju, tidak sukar untuk mencari lokasi ini yang dibuka bermula pukul 10 pagi sehingga pukul 10 malam.
MENU
Pelbagai jenis menu disediakan di sini. Antara menu utama yang sering mendapat sambutan hangat daripada penggemar keju ialah menu Ayam Gunting, Fries Chicken, Chicken Ball, Corndong, Chicken Wings, Meatball Cheese, Wedges dan juga macam-macam lagi menu lain berasaskan nasi. Netizen boleh tengok review ni. https://vt.tiktok.com/ZS8DQuuwp/
Netizen jangan risau. D’Yummy Chicken Cheese menyediakan pelbagai jenis pilihan makanan dan tidak terhad kepada makanan berasaskan keju sahaja. Hari ni, min kongsikan menu pilihan berasakan keju dari D’Yummy Chicken Cheese.
1. Ayam Gunting (RM 14.90)
Haaaaaaa. Mungkin nama menu ini nampak pelik bagi anda. Tapi belum cuba belum tahu kan? Ayam gunting D’Yummy Chicken Cheese adalah menu berasaskan ayam sebagai bahan utama. Sekali pandang, ayam yang dihidangkan bersama keju ini akan buat anda terliur. Dengan keju yang membanjiri hidangan anda, pasti buat anda makan dengan senang hati.
2. Corndog (RM 14.90)
Menu ini memang tidak asing lagi bagi penggemar keju. Tapi di D’Yummy Chicken Cheese, rasa dan kenikmatan sudah tentu berbeza. Kalau anda ragu, anda patut berkunjung ke D’Yummy Chicken Cheese. Warga Tawau, apa tunggu lagi? Datang dan rasai sendiri Corndng D’Yummy Chicken Cheese. Makan panas-panas pada waktu petang sambil menikmati air buah di D’Yummy Chicken Cheese, perghhh memang menyelerakan.Tapi kalau anda berada di Pulau Pinang, netizen boleh try Corndog di Batu Maung Foodie. Nah, boleh baca artikel yang min sediakan. https://purpledurian.my/makan/moden/mozzy-stick-corndog-beri-kelainan-buat-penggemar-corndog/
3. Chicken Wings (RM 14.90)
D’Yummy Chicken Cheese juga menyediakan menu Chicken Wings kepada penggemar sayap ayam. Haaaa min pun suka makan sayap ayam hehehe. Dengan harga RM 14.90, tak rugi berkunjung di D’Yummy Chicken Cheese. Fuhhh, dengan saiz hidangan dan rasa yang memuaskan memang sangat berbaloi. Nampak gambar pun sudah terliur kan?
4. Meatball Cheese (RM 12.00)
Netizen jangan lupa rasai Meatball Cheese dari D’Yummy Chicken Cheese. Meatball Cheese di sini memang buat netizen tambah lapar. Dengan meatball dan keju yang menyelerakan, memang terbaik.
Bagi min, harga yang ditawarkan agak berpatutan. Untuk merasai sendiri pengalaman berbeza, netizen patut datang ke D’Yummy Chicken Cheese.
Sebab itu, rata-rata pengunjung yang datang kesini, pasti akan datang untuk merasai menu yang sama berulang kali. Kalau netizen teringin makan nasi beriyani di Tawau, boleh baca artikel ini. https://purpledurian.my/makan/nikmati-pelbagai-menu-istimewa-berasaskan-keju-di-dyummy-chicken-cheese/
REVIEW
Min sendiri sudah pernah pergi dan cuba menu di sana. Netizen dan orang-orang Tawau pun patut berkunjung ke sini. Syurga makanan bagi penggemar keju ada di sini. Harga berpatutan, hidangan menyelerakan, tunggu apa lagi? Jemput datang bawa keluarga dan rakan-rakan ke D’Yummy Chicken Cheese dan berikan komen.
LOCATION
📍D’Yummy Chicken Cheese
Bandar Tawau, 91000Tawau, Sabah, Malaysia.
🗺Google maps: https://goo.gl/maps/CuxGaQdQhJgwWJPk9
📞Phone: 013-896 2181
📱Facebook: https://www.facebook.com/KakBulan74?mibextid=LQQJ4d