Nak Makan Mee Celup Sedap Di Kota Bharu, Kelantan Singgahlah Warung Mak Dara

  • Post author:
  • Post category:Makan / Viral
  • Reading time:5 mins read
You are currently viewing Nak Makan Mee Celup Sedap Di Kota Bharu, Kelantan Singgahlah Warung Mak Dara

Orang Kota Bharu mesti dah tahu kedai makan yang min nak share dekat korang. Kedai makan yang min nak share ni ada macam-macam menu special yang mereka sediakan tau. Nama kedai makan tersebut adalah Warung Mak Dara. Makanan thai dekat situ pun semuanya rasa authentic tapi ada satu menu yang selalu menjadi pilihan orang Kota Bharu iaitu mee celup. Bukan itu saja mereka juga menjual pelbagai jenis makanan seperti makanan western, lokching, perut bulat bakar, dan banyak lagi.

Walaupun nama dia warung tapi kedai makan ni sentiasa ramai orang tau. Ramai yang datang untuk repeat makan mee celup dan makanan panas dekat Warung Mak Dara. Korang kalau datang kena datang ramai-ramai sebab makanan sedap mestilah kena kongsi kan? Siapa nak datang balik kampung ke Kota Bharu atau nak bercuti ke sana pastikan Warung Mak Dara ni masuk dalam list korang tau. Rugi sangat tak cuba makan makanan dekat sini.

dalam kedai

Nak tengok video review dari netizen yang dah makan dekat Warung Mak Dara boleh tengok disini. Memang best tau makan dekat sini. Air pun ada macam-macam jenis. Contohnya, jus segar, smoothies, air boba/kocok dan sparkling mak dara. Nak tahu mana mee celup yang best lagi di area Kelantan dan ada banyak dessert boleh baca artikel ni.
https://purpledurian.my/makan/nak-makan-mee-celup-dengan-lauk-celup-tepung-yang-penuh-satu-talam-hanya-di-ketereh-kelantan/

Menu Warung Mak Dara

1. Mee Celup

mee celup 2

Haa ini memang menu best seller dekat Warung Mak Dara. Korang kalau datang Warung Mak Dara wajib order mee celup ni. Makan sekali memang nak repeat banyak kali.

2. Perut Bakar Sambal Hijau

daging harimau menangis

Perut Bakar Sambal Hijau di Warung Mak Dara pun sedap tau. Rasa perut yang diperap tu memang sedap. Makan pula dengan sos yang mereka buat sendiri ngam sangat weh !

3. Smoothie Mangga

smoothie mangga

Haa smoothie buah ni antara air best dekat Warung Mak Dara sebab mereka pakai buah fresh weh. Ada 4 flavour yang best untuk korang order iaitu mangga, kiwi, buah naga dan tembikai susu.

Best kan menu-menu dekat Warung Mak Dara ni. Min nak share lagi mengenai masakan panas dan makanan western mereka tapi nanti panjang sangat pula. Apa kata korang pergi makan sendiri dekat sana dan rasa sendiri makanan dari Warung Mak Dara. Jangan lupa ajak family dan kawan-kawan sekali makan dekat situ.

Location
📍 Warung Mak Dara

Warung Mak Dara, 15200 Kota Bharu, Kelantan

🗺 Google maps: https://goo.gl/maps/ghyttgScbEchcF6m7

📲 Facebook: https://www.facebook.com/people/Warung-Mak-Dara/100078494211763/
📲 TikTok: https://www.tiktok.com/@warungmakdara?lang=en