The Dim Sum Place – Port Kegemaran Peminat Dim Sum

You are currently viewing The Dim Sum Place – Port Kegemaran Peminat Dim Sum

Mana peminat dim sum, kumpul sini jap min ada nak review satu tempat best untuk korang! Khas untuk penggemar dim sum atau halal Chinese Cuisine kat luar sana. Nama restoran ini adalah The Dim Sum Place.

The Dim Sum Place mempunyai dua cawangan iaitu di Desa Pandan, Kuala Lumpur dan sebuah lagi di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Kedua – dua cawangan ini dibuka setiap hari kecuali Isnin dari jam 12 tengahari hingga 10 malam.  Fun fact, owner The Dim Sum Place ini adalah pelakon/pengarah terkenal iaitu Sheila Rusly.

menu lain di The Dim Sum Place
Banyak wey yang korang boleh order kat sini. Sumber: The Dim Sum Place My/ Facebook

Restoran diorang ni memang cukup selesa lah kalau nak bawa satu family datang ke atau makan dengan kawan kawan ke, lagi lagi menu diorang yang banyak pilihan untuk korang pilih juga. Boleh pilih nak makan di bahagian dalam kedai atau di luar kedai sebab diorang The Dim Sum Place ada menyediakan kedua dua jenis tempat makan. Ohh btw korang boleh cuba juga Jemi Cafe yang menyajikan makanan western di Kuala Lumpur, boleh baca review min di sini ya https://purpledurian.my/food-review/jemi-cafe-kafe-underrated-di-taman-desa-kuala-lumpur/

menu lain di The Dim Sum Place
Meleleh tak air liur tengok ni je? Takkan tengok je kan. Sumber: The Dim Sum Place MY/ Facebook

Menu

1. Deep Fried Fish Skin with Salted Egg Yolk (RM19.90)

Deep Fried Fish Skin dengan Salted Egg Yolk
Deep Fried Fish Skin dengan Salted Egg Yolk

Kulit ikan yang rangup digoreng bersama kuning telur masin

2. Crystal Shrimp Dumpling (RM11.90)

Crystal Shrimp Dumpling
Crystal Shrimp Dumpling

Dumpling yang paling popular, boleh dikatakan semua kedai dim sum kena ada lah dumpling ni.

3. Spicy and Sour Shrimp Dumpling (RM10.90)

Shrimp Dumpling Rasa Pedas dan Masam
Shrimp Dumpling Rasa Pedas dan Masam

Dumpling dengan campuran rasa pedas dan masam, secukup rasa

4. Vermicelli Roll with Spring Onion/ Shrimp (RM11.90)

Vermicelli roll beserta spring onion/ shrimp
Vermicelli roll beserta spring onion/ shrimp

Vermicelli roll yang manis dan dikukus serta nipis yang diperbuat daripada tepung beras basah.

5. Marmite Chicken (RM20.90)

Marmite Chicken
Marmite Chicken

Campuran rasa manis dan masam marmite chicken.

Review

Review yang min dari rata rata reviewer semua cakap memang sedaplah. Walaupun menu diorang ni semua boleh didapati di kedai dim sum yang lain, namun rasa dia tu masih berbeza. Harga pula min rasa berbaloi lah dengan apa yang korang dapat, bila lagi nak dapat sajian sentuhan dari Sheila Rosly betul tak? Btw kalau korang nak try kedai dim sum yang lain, semestinya min recommend Dolly lah. Ni antara menu best yang korang boleh try di Dolly https://purpledurian.my/food-review/menu-wajib-order-dolly-dim-sum/

Location

📍The Dim Sum Place

G-11, G Village, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur

🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/wDyDfvPpuXLjiHuR6

📞Phone: 03 9226 6484

Website: https://the-dim-sum-place-kl.business.site/

📲Instagram: https://www.instagram.com/thedimsumplacemy/?hl=en

📲Facebook: https://www.facebook.com/TdimsumplaceMY