Mozzy Stick Corndog, Beri Kelainan Buat Penggemar Corndog

You are currently viewing Mozzy Stick Corndog, Beri Kelainan Buat Penggemar Corndog

Siapa kat sini yang tak pernah makan corndog kan. Tapi corndog yang selalu makan tu mesti dah biasa, selalunya cheese, sos, mayonis dan bahan biasa yang ada kat corndoh. Tak bosan ke? Nak cuba corndog yang ada flavour lain tak? Haaa jom hari ni min nak share kat korang stall yang menyajikan pelbagai jenis perisa corndog!

Mozzy Stick Corndog yang berada di dalam kawasan Batu Maung Foodie, bertempat di bawah jambatan kedua Pulau Pinang di kawasan Batu Maung. Dibuka setiap hari dari jam 5 petang hingga 12 pagi. Pada korang yang tak tahu mana letaknya Batu Maung Foodie ni, nanti min letak sekali semua details kat bawah ya.

Variety of Corndog
Pelbagai jenis perisa corndog yang ada dijual di sini. Sumber: mozzy.stick.corndog/ Instagram

Apa yang bestnya stall diorang ni dan kenapa korang kena try? Mozzy Stick Corndog ni menyediakan pelbagai perisa corndog seperti Tiramisu Corndog, Greentea Corndog, Capucino Corndog dan banyak lagi. Rare kan? Haaaa mana lagi nak dapat corndog dengan banyak perisa macam tu.

Pelbagai jenis corndog
Antara flavour paling best yang ada di Mozzy Stick Corndog ini

Korang tahu tak kat Kuala Lumpur pun ada makanan dalam stick amcam ni juga? Tapi bukan corndog lah, cheesecake tapi dalam stick. Pernah dengar tak? Haaa kalau belum boleh baca artikel yang min dah review sebelum ni di sini ya https://purpledurian.my/makan/viral/cheesecake-on-a-stick-cheesepeep-beri-kelainan-kepada-penggemar-cheesecake/

Menu

Ini lah antara perisa best yang Mozzy Stick Corndog sediakan:

1. Tiramisu Corndog (RM15)

2. Green Tea Corndog (RM15)

3. Capucino Corndog (RM15)

4. Banana Corndog (RM15)

5. Top Cheese Corndog (RM13)

6. Choco Salute Corndog ( RM13)

7. Fries Corndog (RM13)

Top Caramel Corndog
Top Caramel Corndog
Choco Chipsmore Corndog
Choco Chipsmore Corndog
Green Tea Corndog
Green Tea Corndog
Capucino Corndog
Capucino Corndog
Tiramisu Corndog
Tiramisu Corndog

Selain dari corndog, Mozzy Stick Corndog juga ada menyediakan mini donut berperisa Oreo, Mini Coco, Chipsmore dan Caramel. Harga adalah sama iaitu RM10 sebekas dan mempunyai lapan biji donut setiap bekas.

Mini Donut
Mini donut yang banyak topping dan perisa pun ada jual juga tau

Review

Bagi min harga sedikit tinggi untuk seketul corndog tapi bestnya sebab jarang nak jumpa corndog berperisa macam macam. Memang lain dari yang lain. Tambahan pula, saiz corndog diorang tu pula memang besar dan topping pula tak kedekut. Berbaloi lah orang kata. Siapa yang duduk di Pulau Pinang dan singgah di Batu Maung Foodie, jangan lupa juga singgah di stall Mozzy Stick Corndog untuk mencuba corndog paling sempoi di utagha! Btw kalau korang tak berkesempatan nak datang ke Pulau Pinang tapi masih nak cuba makanan orang Penang, korang boleh cuba mee mamu yang berada di Seksyen 2, Shah Alam. Boleh baca di sini ya https://purpledurian.my/food-review/mee-mamu-sotong-stail-penang-di-shah-alam-je/

Location

📍Mozzy Stick Corndog

Batu Maung Foodies, Lilitan Batu Maung, Kalau Laumpur, 11900 Batu Maung, Pulau Pinang

🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/Da3RQLWxkcCMzkJF8

📞Phone: 018 473 3168

📲Instagram: https://www.instagram.com/mozzy.stick.corndog/

📲TikTok: https://www.tiktok.com/@mozzy.stick.corndog?lang=en