Calia Malaysia yang terletak di cawangan KL east mall memang terkenal dengan fusion Jepun yang pelbagai. Calia Malaysia menghidangkan makanan yang halal untuk semua. Anda yang berminat untuk mencuba makanan Jepun mesti try datang ke Calia Malaysia.
Reka bentuk restoran ni memang cantik. Dengan dekorasi berasaskan flora atau bunga-bungaan ni memang port yang sesuai untuk anda kalau nak try ambil gambar. Environment selesa dan servis pun memang tip top. Boleh tengok review di sini. https://vt.tiktok.com/ZS8XSbMHo/
Calia menyajikan anda pelbagai pilihan makanan. Anda boleh cuba dessert yang sedap-sedap, atau makan Wagyu iaitu makanan Jepun berasaskan daging lembu atau anda boleh try makan unagi yang diperbuat daripada ikan. Bukan itu sahaja, aburi salmon pun ada kalau anda teringin makan makanan Jepun yang pelbagai.
MAKANAN
1.The Calia Wagyu Bowl (RM 78 – RM 128)
Kalau datang ke Calia Malaysia, anda memang mesti cuba The Calia wagyu Bowl. Dengan harga RM 78 anda akan dapat hidangan wagyu steak Australia dengan telur 63°, Yuzu Koshu, dan juga Japanese Akitakomachi rice. Anda juga boleh dapatkan set RM 128 untuk premium air flown A5 Japanese Wagyu.
2. Aburi Salmon (RM 43)
Anda juga patut cuba makan Aburi Salmon, iaitu hidangan salmon dibakar yang dihiasi dengan ikura harga RM 43. Ikura ni ialah telur ikan atau dikenali juga sebgaai red caviar. Min nak share juga antara tempat menarik untuk makan makanan Jepun bagi anda yang sedang berada di Kota Kinabalu. https://purpledurian.my/makan/izzumi-teppanyaki-sushi-restaurant-restoran-makanan-jepun-yang-sedap-di-kota-kinabalu/
3. Nasi Lemak Donburi (RM 28)
Anda penggemar nasi lemak? Jom cuba pula Nasi Lemak Donburi ni. Nasi Lemak Donburi ni ialah hidangan nasi Jepun dengan flavoured kelapa yang dihiasi dengan Karage Chicken, sambal ikan bilis, dan juga telur. Haa satu lagi lokasi menarik yang anda patut kunjungi kalau nak makan sashimi dan seafood yang sedap-sedap. https://purpledurian.my/makan/moden/sashimi-dan-seafood-yang-fresh-dan-lazat-semestinya-di-the-fat-fish-mont-kiara/
4. Calia Brown Sugar Boba Cake (RM 18)
Lepas makan nasi lemak, anda boleh try Calia Brown Sugar Cake ni sebagai dessert. Nampak sedap kan. Banyak lagi dessert menarik yang anda boleh cuba, tapi Calia Brown Sugar Boba Cake ni memang tarikan pengunjung yang datang ke sini.
REVIEW
Bagi min harga makanan dan hidangan ni memang berpatutan lah kan. Anda boleh nikmati makanan Jepun yang lazat dan mewah dengan harga yang berbaloi. Jemput semua datang dan cuba komen!
LOCATION
📍Location: Calia Malaysia @ KL East Mall
Sunway Montana (U/C), 53100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
🗺 Google maps: https://goo.gl/maps/NK39VTh94z1CNwdV6
📞Phone: 03-4161 4811
📲Website: https://my.calia.co/
📲Facebook: https://www.facebook.com/caliamalaysia?mibextid=LQQJ4d
📲Instagram: https://instagram.com/caliamalaysia?igshid=YmMyMTA2M2Y=
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@caliamalaysia?_t=8abeZ4ZKFWr&_r=1