Meriahkan Raya Anda Dengan Festival Ramadan Selangor

  • Post author:
  • Post category:Makan
  • Reading time:3 mins read
You are currently viewing Meriahkan Raya Anda Dengan Festival Ramadan Selangor

Ramadan 2023 akan datang dalam beberapa minggu je lagi. Macam mana persediaan Ramadan dan Aidilfitri korang? Baju raya dah beli ke? Kuih raya dah start baking ke? Kalau belum kan, meh sini Min nak share dengan orang Selangor satu festival yang sedang berlangsung sehingga Aidilfitri nanti. Festival Ramadan Selangor atau Festira yang akan berlangsung selama 48 hari bermula dari 5 Mac sehingga 21 April di 3 lokasi iaitu SACC Mall, Komples PKNS Bangi, dan Kompleks PKNS Shah Alam. Jadi kalau korang duduk Bangi ke, Shah Alam ke, atau kawasan sekitar dengannya, ini festival ramadan terbaik untuk anda semua.

Bertemakan ‘Festira-Ya!’, festival ini akan disertai sekitar 1,000 peniaga so korang boleh bayangkan lah skala festival ini! Mereka juga menyasarkan lebih daripada 2.5 juta pengunjung sepanjang festival ini berlangsung. Terdapat pelbagai akitiviti yang akan berlangsung, antaranya adalah, bazaar ramadan, bazaar aidilfitri, tempat zakat dan wakaf, artis jemputan pun akan ada tau! Confirm best. Jadi yang nak tengok tengok kuih raya, pakaian, hiasan, atau cuma nak cuci mata, boleh lah datang ke Festival Ramadan Selangor ni! Meriahkan festival ni dengan rakan rakan dan keluarga anda tau. Jangan lupa datang! Haa, kalau korang dah alang alang kat area Shah Alam kan, Min ada satu restoran sedap nak rekomen dekat korang. Boleh klik link ini untuk baca ya!

Lokasi

📍Location: SACC Mall
14/9, Jalan Perbadanan, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
🗺Google Maps: https://goo.gl/maps/KkUsmRqjdmMQsPot6


📍PKNS Shah Alam
Persiaran Tasik, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
🗺Google Maps: https://goo.gl/maps/WV5n8ytC17jjvVoAA


📍Kompleks PKNS Bangi
Seksyen 9, Persiaran Bangi, Kompleks pkns Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
🗺Google Maps: https://goo.gl/maps/EgyBSbnJVpDgCEXG8

Artikel ini ditulis oleh Nuha Azaha.