Menu Masakan Pantai Timur: Singgang Ikan Tongkol.

You are currently viewing Menu Masakan Pantai Timur: Singgang Ikan Tongkol.

Singgang merupakan salah satu makanan yang terkenal di Pantai Timur, terutama di negeri Kelantan dan Terengganu. Ada pelbagai versi kuah singgang yang disediakan. Sesetengah orang memasak singgang ikan dengan kuah jernih berwarna putih. Kebanyakan singgang yang ditemui dihidangkan dengan kuah yang berwarna kuning jernih. Pemilihan ikan pada asalnya tidak tertumpu kepada ikan tongkol sahaja. Cuma, ramai yang gemar menggunakan ikan tongkol kerana isinya pejal dan tak mudah hancur walau dimasak lama.

Resepi ini boleh dikategorikan sebagai menu sihat. Hal ini kerana tiada penggunaan minyak dan ianya tidak perlu perlu ditumis. Singgang ikan mempunyai rasa segar yang direbus, rasa masam dan rasa pedas dari cili padi. Memang sangat segar rasanya bila menghirup kuah. Ditambah pula dengan hidangan nasi panas.

Mari kita semak resepinya!

Bahan-bahan

  • Ikan Tongkol
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Lengkuas
  • Cili padi
  • Asam keping
  • Budu
  • Serbuk kunyit / kunyit hidup
  • Bendi (pilihan)
Rempah
Bahan-bahan rempah: (Google)

Cara-cara

1. Masukkan bawang merah, bawang putih, lengkuas, cili padi dan asam keping ke dalam periuk yang berisi air.

Penyediaan
Penyediaan: (Google)

2. Kemudian ikan tongkol ke dalam periuk.

3. Seterusnya letakkan kunyit hidup atau serbuk kunyit ke dalam periuk tadi.

4. Akhir sekali, masukkan sayur bendi dan tunggu sehingga masak.

5. Dah siap! Sedia untuk dihidangkan.

Singgang
Singgang: (Google)

Selamat mencuba!!!

Baca juga artikel:

Artikel oleh Syuriana Ibrahim