Mencari Port Makan Seafood Di Langkawi Boleh Datang Ke Fish Farm Restaurant & Resorts

  • Post author:
  • Post category:Makan / Viral
  • Reading time:5 mins read
You are currently viewing Mencari Port Makan Seafood Di Langkawi Boleh Datang Ke Fish Farm Restaurant & Resorts

Korang yang pertama kali nak pergi Langkawi tu mesti tengah bingung nak cari port makan best dekat mana kan? Kalau boleh nak makan sambil tengok pemandangan laut. Haa ni min nak share dengan korang port makan best dekat Langkawi iaitu Fish Farm Restaurant & Resorts. Jangan risau tempat ni menjual hidangan yang Halal. Macam-macam jenis fresh seafood ada dekat sini tau contohnya lobster, ketam nipah, belangkas, udang dan banyak lagi. Apa yang penting masakan mereka semuanya sedap.

Bukan setakat best makan je pemandangan dekat restoran ni pun best tau korang. Banyak tempat best untuk korang ber-ootd. Nak tangkap gambar dengan pasangan ke memang sesuai sangat. Kalau korang nak tahu siang memang cantik dah tempat ni tapi malam pun tak kurangnya. Cantik juga siap ada lampu-lampu lagi memang romantik.

fish farm

Korang boleh tengok video review dari pelanggan yang pernah datang sini. Tempat ni memang best sesuai sangat untuk orang yang datang dengan family ramai sebab tempat ni besar. Tapi kalau korang jauh sangat nak ke Langkawi di area Selangor pun boleh juga makan fresh seafood macam lobster dan ketam. Haa nak tahu lebih lanjut baca artikel ni.
https://purpledurian.my/makan/nak-rasa-lobster-dan-pelbagai-seafood-yang-fresh-boleh-datang-ke-restoran-abah-ikan-bakar-dmuara-di-sungai-besar/

Menu Fish Farm Restaurant & Resorts

1. Lobster Dry Butter

lobster dry butter

Korang yang nak rasa kelainan boleh cuba lobster dry butter ni. Memang sedap sebab dia tak muak pun. Tapi rasa creamy dia tetap terbaik.

2. Udang Lipan Dry Chili

udang lipan cili kering

Ini menu kegemaran min udang lipan dry chili. Korang jangan risau udang ni mereka dah siap kupas dan dengan masak cili kering. Rasa dia pedas-pedas manis macam tu. Rasa sekali pasti nak lagi.

3. Sotong Salted Egg

sotong salted egg

Sotong salted egg pun antara menu yang popular dekat sini. Kalau tak suka salted egg ada lagi beberapa menu yang mereka tawarkan untuk korang pilih.

Sebenarnya banyak menu lagi yang min nak share dengan korang. Ada banyak seafood lagi yang mereka tawarkan contohnya kepah, kupang, udang harimau, ikan, dan banyak lagi. Korang boleh pilih nak masak seafood korang tu macam mana. Harga memang berpatutan tau korang. Fish Farm Restaurant & Resorts ni buka setiap hari kecuali pada hari Isnin dan waktu mereka beroperasi adalah pada jam 1 tengah hari hingga 10 malam. Korang datang bawa family mesti diorang happy sangat sebab dapat makan sedap dan ber-ootd serta dapat tengok pemandangan laut yang cantik.

Location
📍 Fish Farm Restaurant & Resorts

Lot 1986, Jalan Pantai, Jalan Penarak, 07000 Langkawi

🗺️ Google Maps: https://goo.gl/maps/XXfXU2M7ye2zMtGt7

📲 Facebook: https://www.facebook.com/fishfarmrestaurantlangkawi/
📲 Instagram: https://www.instagram.com/fish_farm_restaurant_langkawi/?hl=en
📲 TikTok: https://www.tiktok.com/@fishfarmlangkawi