Layarilah Kenikmatan Buffet ala-ala Hotel di Restoran Eighty Five Steakhouse, Empire Damansara, Selangor

You are currently viewing Layarilah Kenikmatan Buffet ala-ala Hotel di Restoran Eighty Five Steakhouse, Empire Damansara, Selangor

Sekiranya korang sedang mencari pengalaman santapan bagaikan suasana hotel yang luar biasa sekitar kawasan Empire Damansara, Selangor, maka Eighty Five Steakhouse adalah destinasi yang wajib korang kunjungi. Restoran ini menjanjikan pengalaman makan yang tak dilupakan, dengan hidangan berkualiti tinggi dan suasana yang selesa. 

Terletak di tengah-tengah Empire Damansara, Eighty Five Steakhouse menyajikan kepelbagian hidangan sarapan pagi secara buffet yang menjadikan air liur kita mengalir hanya dengan memandang menu mereka. Ia bukan sahaja destinasi  bagi penggemar buffet, malah menjadi tumpuan para pelanggan yang mencari hidangan barat dengan  citarasa mewah pada harga marhaen.

Pertama kali korang masuk di Eighty Five Steakhouse, korang pasti akan terpesona oleh suasana restoran yang serba menawan. Hiasan dalaman yang elegan dan mewah dengan sentuhan kayu dan cahaya lembut menciptakan suasana yang nyaman dan damai. Korang akan berasa seolah-olah berada di dunia yang berbeza, di mana masa dan kesibukan seharian korang berhenti sejenak untuk memberi ruang kepada kenikmatan rasa yang berterusan.

Untuk korang yang nak tahu lebih lanjut mengenai kedai restoran sekitar pulau pinang pula, korang boleh klik link di sini https://purpledurian.my/makan/sambil-jalan-jalan-di-penang-jangan-lupa-singgah-di-don-western-grill/

Suasana Luar Di Eighty Five Steakhouse (google.com)
Suasana Luar Di Eighty Five Steakhouse (google.com)
Suasana Dalam Di Eighty Five Steakhouse (google.com)
Suasana Dalam Di Eighty Five Steakhouse (google.com)
Suasana ruangan persendirian di Eighty Five Steakhouse (google.com)
Suasana ruangan persendirian di Eighty Five Steakhouse (google.com)

Menu

Namun, pengalaman gastronomi bermula apabila korang menjamu selera dengan hidangan istimewa mereka. Menu Eighty Five Steakhouse merangkumi pelbagai jenis hidangan sarapan pagi secara buffet seperti nasi lemak pandan, daging rendang, dan juga Soto Ayam. Namun, hidangan yang menjadi tumpuan adalah hidangan steak yang disediakan mengikut selera dan tahap kematangan yang diingini oleh pelanggan. Dari yang lembut hingga yang matang, tiada yang ditinggalkan untuk diingini.

Menu Buffet Sarapan Pagi di Eighty Five SteakHouse (google.com)
Menu Buffet Sarapan Pagi di Eighty Five SteakHouse (google.com)
Menu Steak dan Hidangan lain di Eighty Five SteakHouse (google.com)
Menu Steak dan Hidangan lain di Eighty Five SteakHouse (google.com)

“Grilled Beef Steak”

"Grilled Beef Steak" di Eighty Five SteakHouse (google.com)
“Grilled Beef Steak” di Eighty Five SteakHouse (google.com)

Salah satu hidangan yang wajib dicuba adalah “Grilled Beef Steak” mereka. Daging yang lembut dan dipanggang dengan sempurna, menghasilkan kemanisan karamel pada permukaan daging yang memberikan perasaan eksklusif pada setiap gigitan. Hidangan ini disajikan dengan “Brown Sauce” yang menggoda lidah serta hidangan sampingan yang mengimbangi keseluruhan citarasa.

“Spaghetti Carbonara”

"Spaghetti Carbonara" di Eighty Five SteakHouse (google.com)
“Spaghetti Carbonara” di Eighty Five SteakHouse (google.com)

Bagi yang ingin mencuba sesuatu yang sederhana, “Spaghetti Carbonara” adalah pilihan yang tepat. Dikenali kerana kelembutan dan kehalusan tekstur spageti, hidangan ini adalah khazanah bagi penggemar spageti. Di Eighty Five Steakhouse, mereka mengolahnya dengan penuh teliti dan menyajikannya dengan gaya yang memukau. Pada pandangan pertama terhadap Spaghetti Carbonara ini akan membuat air liur korang meleleh. Pasta yang al dente digabungkan dengan parutan keju parmesan yang dilelehkan dengan lembut dan kepingan daging yang garing diletakkan di atasnya, mencipta kombinasi yang sempurna antara rasa lazat dan tekstur yang memikat. Setiap helai pasta dilapisi dengan sos yang kaya dan menggugat selera. Hidangan ini antara menunjukkan penggunaan  beberapa ramuan boleh membawa rasa yang asli dan autentik.

“Australian Beef Burger”

“Australian Beef Burger” di Eighty Five SteakHouse (google.com)
“Australian Beef Burger” di Eighty Five SteakHouse (google.com)

Bagi korang yang ingin mencuba hidangan lain, korang boleh cuba “Australian Beef Burger” di Eighty Five Steakhouse. Burger daging Australia yang digunakan mempunyai tekstur yang lembut dan rasanya yang kaya membuatkan setiap gigitan burger ini adalah satu nikmat yang memanjakan lidah. Tidak hanya dagingnya yang memukau, tetapi juga cara penyediaan burger ini. Roti burger buatan sendiri yang lembut dan gebu menjadi tempat yang sempurna untuk daging Australia yang telah digoreng dengan penuh penuh cinta. Tambahkan dengan sayuran segar seperti daun selada hijau, hirisan tomato merah, dan hirisan bawang memberikan keranggupan yang sedap. Penggunaan sos BBQ bukabhanya memberikan rasa yang hebat, tetapi juga memberi kelembapan yang sempurna kepada burger ini. Apakah burger daging Australia tanpa keju? Keju yang meleleh dengan sempurna di atas daging panas adalah tambahan yang pasti memenuhi cita rasa semua penggemar burger. 

Review

Meskipun, Eighty Five Steakhouse dikenali dengan hidangan buffet sarapan pagi yang murah dan berpatutan,  korang juga kena cuba  hidangan dagingnya yang luar biasa kerana setiap hidangan di sana adalah pengalaman gastronomi yang unik. Sekiranya, korang mencari destinasi makan yang menggabungkan rasa, kemewahan, dan keselesaan, Eighty Five Steakhouse adalah jawapannya. Dari suasana restorannya yang mewah dan menenangkan sehingga hidangan yang memikat selera, setiap masa di sini adalah perjalanan ke dunia makanan yang baru. Bagi penggemar makanan, ini adalah pesta gastronomi yang perlu dicuba setidak-tidaknya sekali dalam seumur hidup. Jadi, bila lagi korang akan merasai pengalaman unik di Empire Damansara?.

Dan untuk korang yang nak mengetahui restoran yang menjual makanan yang viral dan sedap seperti pizza di sekitar Damansara, klik link ini: http://fresh-pizza-yang-dibakar-menggunakan-kayu-semakin-popular-di-kl-pizza-mansion

Lokasi

📍Eighty Five Steakhouse

J-01, Bangunan Firdaus & Kamarul, Empire Damansara, 2, Jalan PJU 8/8A, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor

🗺️Google Map:https://maps.app.goo.gl/PtqKZnHUS4f6eQod8

⏰ Waktu Operasi:  8.00am – 10.00pm (Isnin-Ahad)

No Telefon: 60165727676

📲Website: https://www.eightyfive.my/reservation/#

📲 Facebook: https://www.facebook.com/eightyfive.steakhouse?mibextid=ZbWKwL

📲Instagram:https://instagram.com/85steakhouse?igshid=MzRlODBiNWFlZA==

📲 Tiktok: https://www.tiktok.com/@85steakhouse?_t=8f2fkCaz8jf&_r=1

Article Curated By Amir Haziq