Bulan Ramadan ialah bulan yang mulia untuk kita membuat ibadah dan amal kebaikan, termasuklah membantu golongan yang memerlukan. Sempena Ramadan tahun ini, Tealive melancarkan Kempen Ramadan Bang Bang Bazaar, iaitu sebuah kempen yang melibatkan 4 orang selebriti tempatan untuk membantu badan kebajikan yang memerlukan.
Selebriti yang Terlibat Sempena Kempen Ramadan Bang Bang Bazaar Tealive
Siapa 4 orang selebriti tempatan yang terlibat ni? Mereka adalah Tiktoker dan Youtuber Imran Bard, Pelakon Fikry Ibrahim, Pelakon dan Model Meirul Aiman dan juga Tiktoker, Youtuber dan Pengacara Mark O’Dea.
Selebriti selebriti ini juga mewakili badan kebajikan masing masing. Imran Bard untuk Yayasan Food Bank Malaysia, Fikry Ibrahim untuk Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM), Mierul Aiman untuk Persatuan Kebajikan Anak Kepada Pesakit HIV/AIDS Iman Malaysia (PERNIM) dan Mark O’Dea untuk Persatuan Sindrom Down Malaysia.
Kempen Bang Bang Bazaar
Dalam Kempen Bang Bang Bazaar Ramadan ini, 4 selebriti tempatan ini memilih sendiri kombo makanan dan minuman di Tealive dan anda boleh beli dengan harga RM16 ringgit sahaja. Apakah kombonya? Jom kita tengok.
1) Kombo Imran
Dalam kombo Imran, anda boleh pilih ‘Beri Pink Milkshake’ bersama ‘Popcorn Chicken’ atau ‘Chicken Roll’ dengan harga RM16 sahaja. Kombo ini boleh ditukar dengan mana mana minuman lain.
2) Kombo Fikry
Untuk kombo Fikry pulak, korang boleh beli ‘Caramel Macchiato’ (panas) dan ‘Signature Coffee’ untuk RM16. Kombo ini juga boleh ditukar dengan mana mana kopi yang berharga bawah RM10.
3) Kombo Mierul
Kombo Mierul pula membawa minuman signature Tealive iaitu ‘Bang Bang Fresh Milk’ dan juga ‘Bang Bang Milk Tea.’ Anda boleh mendapat kedua duanya dengan harga RM16 sahaja.
4) Kombo Mark
Yang terakhir kita ada Kombo Mark iaitu minuman terbaru Tealive yang baru sahaja dilancarkan. Dengan hanya RM16, anda boleh dapat ‘Beri Pink Choc’ dan juga ‘Beri Pink Smoothie.’
Kempen ini akan berlangsung dari 15 Mac sehinggalah 30 April ini. Pada hujung promosi ini, 4 badan amal ini akan menerima RM5,000 dengan kombo paling laris mendapat tambahan RM5,000. Wah, sangat menarik! Jadi untuk yang nak cuba promosi Tealive ni, jangan lupa pergi di Tealive berdekatan anda ya!
Artikel ini ditulis oleh Nuha Azaha.