Kuala Lumpur, sebuah kota yang pesat dengan pencakar langit dan dikenali sebagai New York versi Asia ini merupakan kota yang sentiasa dipenuhi umat manusia dari segala pelusuk dunia. Walaupun Kuala Lumpur ini dikelilingi dengan bangunan megah dan moden, ia juga merupakan kota yang memiliki sejarah yang kaya. Malah, Kuala Lumpur juga mempunyai banyak permata tersembunyi yang penuh dengan karakter.
Di tengah tengah dataran Merdeka, terdapat sebuah bangunan yang kini dikenali oleh orang ramai. KLCG (Kuala Lumpur City Gallery) Confectionery & Bakery atau lebih dikenali sebagai KLCG merupakan sebuah kafe dan juga galeri di mana orang ramai boleh mempelajari sejarah tentang sejarah Kuala Lumpur yang disampaikan melalui miniatur, seni 3D, artifak, dan banyak lagi.
Selain daripada itu, mereka juga mempunyai sebuah kafe yang menurut Min semua orang wajib cuba. Dikenali dengan pastri seperti cronut dan croissant berbentuk donat yang sangat popular di New York, KLCG kini boleh dikatakan sebagai must-visit bakery jikalau anda ke Kuala Lumpur.
Sempena Ramadan kali ini, KLCG baru sahaja melancarkan menu berbuka puasa atau makan malam mereka. Bertemakan ‘pastry-inspired Ramadan’, menu mereka mempertengahkan makanan pastri – but with a plot twist. TikToker dan content creator terkemuka @CeddyOrNot pun ada review tentang menu ini tau. Jom kita tengok apa antara menu mereka.
Menu Makan Malam KLCG
1) Beef Tenderloin Stew (RM 28)
Pembuka selera yang ada di sini ialah stu daging yang lembut kemudian ditambah pulak dengan pelbagai jenis sayur dan dihiasi dengan roti croissant. Siapa sangka gabungan ini kan? So interesting.
2) Beef Wellington (RM 108)
Ha juadah ni Min paling teruja sebab beef wellington ini merupakan juadah yang terkenal di Malaysia kerana restoran chef antarabangsa terkemuka Gordon Ramsay yang baru sahaja dibuka di Malaysia tahun lalu. Tapi harga dia pun sangatlah mahal. Kali ini KLCG pun ada menyediakan beef wellington iaitu tenderloin daging lembu yang dibalut dengan lapisan krep, campuran cendawan dan pastri puff, kemudian dibakar. Dan jangan risau, harga di sini jauh lebih murah dan berpatutan. Sesuai untuk berbuka puasa di hari yang istimewa.
3) Dark Chocolate Mousse (RM 35)
Tak lengkaplah juadah anda kalau tak cuba pencuci mulut kan. Untuk menu berbuka puasa kali ini, mereka ada ‘Dark Chocolate Mousse’ yang terdiri daripada 2 lapisan sable coklat dan mousse yang kaya. Disediakan juga dengan ais krim coklat. Juadah ni memang a perfect ending setelah berbuka puasa.
Menu
Menu berbuka puasa atau makan malam ini hanya berlangsung dari 23 Mac – 21 April 2023 (7PM – 9PM, Selasa tutup) sahaja ya dan untuk membuat reservasi, boleh klik link di sini. Selamat menjamu selera!
Lokasi
📍KLCG Confectionery & Bakery @ Dataran Merdeka
27, Jalan Raja, Dataran Merdeka, 50050, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
📞+60123893907 (WhatsApp only)
🗺️Google maps : https://goo.gl/maps/KQL2bo3iUMmPcdGo6
📱Instagram : @klcgconfectionerybakery
Artikel ini ditulis oleh Nuha Azaha.