Jagung Cheese Tarik, Banyak dan Sedap!

You are currently viewing Jagung Cheese Tarik, Banyak dan Sedap!

Hi semua, kenapa ya tetiba harini Izzah rasa semua orang sedang gilakan jagung? Atau… Izzah sorang sahaja yang fikirkan macam tu? Sebab kalau korang pun satu kepala macam Izzah, mai, Izzah nak kongsikan satu tempat yang menjual jagung cheese yang terbaaaaiiik punyalah! Namanya: Jagung Cheese Tarik.

Eh, bukannya kat Cameron Highland pun ada jual ke jagung cheese ni? Ada tu memang ada, tapi ini yang di Penang punya! Terletak di Kubang Semang, kedai Jagung Cheese Tarik ni mula mendapat perhatian disebabkan oleh kesedapan jagung cheese tersebut. Review juga telah menyatakan yang baik-baik je tentang tempat ini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tempat yang menyediakan makanan yang mempunyai jagung, sila tekan pautan ini: https://purpledurian.my/food-review/markoba-apam-balik-premium-8-perisa-dalam-1/

Menu

Jagung Cheese

Jagung Cheese Tarik (TikTok)
Jagung Cheese Tarik (TikTok)

Namanya jagung cheese, tapi kenapa kita panggil dia jagung cheese tarik? Sebab waktu buat ni, orang tu memang tarik kasi tinggi, dah macam ala-ala Teh Tarik gitu! Yang penting, korang pasti tidak akan rasa menyesal merasai jagung cheese di Kubang Semang ni. Banyak dan tak kedekut, memang MARVELLOUS!

Kesimpulannya, Jagung Cheese Tarik di Kubang Semang ni memang menyajikan jagung cheese yang cukup sedap la! Korang wajib mencubanya, terutama sekali buat orang Penang. Untuk maklumat lanjut, sila skrol ke bawah. Untuk mengetahui tempat yang menjual makanan yang sedap di Penang, klik link ini: https://purpledurian.my/makan/sambil-jalan-jalan-di-penang-jangan-lupa-singgah-di-don-western-grill/

Lokasi

📍Jagung Cheese Tarik, Arif Char Kuey Teow, Kampung Pelet, 14400, Kubang Semang, Penang
⏰5.30pm – 11.30pm [Tutup: Isnin]
☎️018-2314174

Article currated by Izzah Norsham