Grandmama’s Memperkenalkan ‘Sentuhan Tradisi’: Bufet dan Set Menu Baharu Yang Menggabungkan Kreativiti Moden ke dalam Makanan Klasik Malaysia

  • Post author:
  • Post category:Makan
  • Reading time:7 mins read
You are currently viewing Grandmama’s Memperkenalkan ‘Sentuhan Tradisi’: Bufet dan Set Menu Baharu Yang Menggabungkan Kreativiti Moden ke dalam Makanan Klasik Malaysia

Masih mencari tempat berbuka puasa yang menawarkan bufet ramadan di bawah RM150? Untuk pertama kalinya, Grandmama’s menawarkan bufet buka puasa yang menggabungkan masakan Malaysia ikonik dengan sentuhan kulinari moden. Bukan itu sahaja, Grandmama’s juga menyediakan pengalaman untuk korang menikmati makanan yang unik, tradisional dan penuh inovasi. Memang terbaik lah!

Mengenai Grandmama’s

Untuk pengetahuan korang, Grandmama’s ditubuhkan pada tahun 2012. Sajian yang dibawa Grandmama’s akan membuatkan korang teringat pada kenangan indah masa lalu, khususnya hidangan tradisional seorang nenek dan cerita menarik yang dibawa oleh nenek tersebut.

Grandmama’s menawarkan pengalaman menjamu selera secara santai dalam suasana moden. Sangat lah sesuai dijadikan tempat untuk berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan untuk berkongsi kegembiraan.

Grandmama's Pavilion Damansara Heights
Sumber: Fuyu Meadows

Penggunaan pes buatan sendiri yang dihasilkan khas dari dapur dapat menghasilkan hidangan luar biasa yang diilhamkan oleh hidangan asli dari dapur nenek. Dari pilihan klasik seperti Mi Telur Sang Har Goreng Kering, Char Kuetiau, Nasi Lemak Grandmama’s, Nasi Ayam Istimewa, hingga pilihan tersendiri seperti Hot Pot Kari Seafood dan Sambal Petai Udang. Tidak dilupakan juga Air Batu Campur, Cendol dan manisan yang lain. Yang penting, semua produk dibekal dari dapur pusat Grandmama’s dijamin HALAL tau!

Menu disediakan khas untuk Bulan Ramadan

Restoran ini melancarkan bufet ramadan dan set menu terbaharu di Pavilion Damansara Heights, dengan tema ‘Sentuhan Tradisi’. Menu bufet eksklusif ini bertujuan untuk mengubah semula seni makanan Malaysia dengan pilihan hidangan yang teliti, yang menggabungkan rasa dan teknik masa kini.

Hidangan yang ditampilkan termasuklah ‘Biryani Ayam’ yang aromatik, ‘Ayam Masala dengan Roti Naan’, ‘Udang Sambal Petai’, ‘Bubur Kacang Merah’, ‘ABC dan Cendol’. Korang kini berpeluang untuk menikmati semua hidangan istimewa ini dengan hanya dengan RM 139+ seorang, berserta dengan promosi masa terhad ‘beli dua, percuma satu’.

Selain daripada menu bufet, Grandmama’s juga menawarkan pelbagai pilihan set menu dan à la carte di lokasi-lokasi lain. Ini termasuk Pavilion Kuala Lumpur, Pavilion Bukit Jalil, Intermark Mall, Genting, dan Terminal 1. Menu ini merangkumi hidangan istimewa khas seperti ‘Seafood Curry Hotpot’, Ayam Masak Merah, ‘Traditional Beef Rendang’, ‘Curry Mutton’, dan lain-lain.

Bufet ramadan grandmama's

Tawaran istimewa ini berlangsung dari 12 Mac hingga 9 April 2024. Jadi, korang yang berhasrat untuk berbuka puasa dengan bufet ramadan di Grandmama’s Pavilion Damansara Heights, digalakkan untuk membuat tempahan awal tau! Kalau tak sempat, korang boleh lihat Top 5 Buffet Berbuka Puasa di Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang bufet dan menu set ‘Sentuhan Tradisi’ Grandmama’s, sila kunjungi halaman media sosial yang tertera di bawah:

📲Facebook: https://www.facebook.com/grandmamas.com.my/
📲Instagram: https://www.instagram.com/grandmamasmsia/
📲Website: https://grandmamas.com.my/

Restoran Grandmama’s:

Grandmama’s Pavilion Damansara Heights

📍Alamat: Lot 4.10.00, 3, Jalan Damanlela, Pusat Bandar Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

☎️Phone: 03 3010 9931

➡️ Klik untuk melihat senarai cawangan Grandmama’s:

Pavilion Kuala Lumpur
📍Alamat: Lot 6.01.02, Level 6, Pavilion Kuala Lumpur, 168, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
☎️Phone: 03 4819 5598

Pavilion Bukit Jalil
📍Alamat: Lot 1.34.00, Level 1, Pavilion Bukit Jalil, 2, Persiaran Jalil 8, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
☎️Phone: 03 9766 5627

Intermark Mall
📍Alamat: G-12. Ground Floor, The Intermark, 348 Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
☎️Phone: 03 4812 2822

SkyAvenue, Genting Highlands
📍Alamat: Lot T2-06, Level 1, SkyAvenue, Genting Highlands, Pahang.
☎️Phone: 03 6101 2059

Kuala Lumpur International Airport (KLIA1)
📍Alamat: Lot A, Mezzanine Level, Satellite Building, KLIA, Sepang, Selangor.
☎️Phone: 03 8776 2357

Plaza Batai
📍Alamat: Lot 8, Plaza Batai, 7, Jalan Batai, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
☎️Phone: 03 2011 2816

Artikel oleh Nor Azhariah Mohamad Nor

Leave a Reply