Dessert Arab dan Turkish Delight Terbesar Di KL, Zaitoun Food Telah Membuka Cawangan Ke-14 Di Bukit Bintang !

You are currently viewing Dessert Arab dan Turkish Delight Terbesar Di KL, Zaitoun Food Telah Membuka Cawangan Ke-14 Di Bukit Bintang !

Siapa sini peminat kepada manisan arab dan juga turkish delight? Haa min ada port best untuk korang rasa manisan asli dari arab dan juga turkish delight tau. Mereka ni dah buka banyak cawangan di Malaysia dan mereka telah buka cawangan yang ke-14 di Bukit Bintang, KL. Nama kedai tersebut adalah Zaitoun Food. Haa mesti korang pernah dengar kan sebab kedai ni viral tau di Tik Tok jadi ramai yang try dessert dekat sana.

Kedai mereka sangat simple tapi ada macam-macam dessert dan pastry tau korang. Sampai pening nak pilih yang mana satu. Pekerja mereka juga sangat friendly dan sentiasa akan bantu korang recommend dessert mana patut korang pilih. Makanan yang popular dekat Zaitoun Food ni adalah kunafa, baklava, spaghetti ice cream dan macam-macam lagi. Korang yang tak pernah cuba turkish delight boleh lah cuba singgah ke Zaitoun Food.

zaitoun food

Mereka ada juga beberapa cawangan lain sekitar KL. Korang boleh pergi mana-mana sahaja cawangan sebab menu mereka semuanya sama. Nak tengok video review dari pelanggan yang dah makan disana boleh klik link. Dah rasa manisan arab dan turkish delight, boleh lah cari makanan arab yang lain. Contohnya nasi arab. Meh min share dengan korang tempat makan nasi arab yang best. Boleh baca artikel ni.
https://purpledurian.my/makan/nikmati-masakan-rasa-asli-arabic-and-mediterranean-hanya-di-royal-bedouin/

Menu Zaitoun Food

1. Kunafa Cream

Kunafa

Kalau dessert arab mestilah ada kunafa betul tak. Mereka ada 3 jenis kunafa tau. Kunafa cream, kunafa cheese dan juga kunafa coklat.

2. Baklava

baklava

Baklava ada macam-macam jenis dan juga topping tau. Korang boleh pilih 5 pcs hanya RM15.00 sahaja. Jangan risau baklava mereka besar-besar dan bahan semua berkualiti.

3. Turkish Delight

turkish deligh

Turkish delight mereka pun best-best tau korang. Harga pun sama dengan baklava 5pcs hanya RM15.00 sahaja. Sangat berbaloi kalau korang nak cuba manisan mereka.

Nampak menyelerakan betul dessert mereka siap bertalam-talam lagi. Korang yang datang mesti rambang mata punya tengok macam-macam dessert ada. Korang yang nak datang ke Zaitoun Food di Bukit Bintang, KL boleh datang pada jam 11 pagi hingga 2 pagi. Mereka juga buka setiap hari dan buka sehingga lewat malam. Jadi kalau korang nak makan dessert tengah malam boleh singgah ke Zaitoun Food.

Location
📍 Zaitoun Food @ Sungei Wang Plaza

Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

🗺 Google maps : https://goo.gl/maps/JvdpLbBmjN1EPo4g7

📱 Instagram : https://www.instagram.com/zaitoun.food/
📱 TikTok : https://www.tiktok.com/@zaitoun.malaysia