Cottage Garden yang terletak di kawasan Unipark ini boleh dikatakan antara restoran paling unik di Tawau. Apa tidaknya, di sini terdapat kolam ikan dan taman permainan yang disediakan untuk pengunjung. Bukan itu sahaja, di sini juga terdapat pelbagai jenis makanan yang sedap-sedap. Boleh tengok review pengunjung yang datang ke sini sambil baca komen dari netizen. https://vt.tiktok.com/ZS8yVbdLt/
Cottage Garden Tawau ini memang nampak sangat cantik lebih-lebih lagi pada waktu malam. Sebab itu penunjung yang datang kesini pada siang hari pasti akan berfikir untuk datang sekali lagi terutamanya pada waktu malam. Bagi min, Cottage Garden adalah restoran berkonsepkan moden dan kekeluargan. Sebab di sini juga disediakan permainan untuk kanak-kanak. Menarik kan? Suasana di sini memang menarik bagi kunjungan seisi keluarga.
MENU
Cottage Garden menyediakan pelbagai jenis pilihan makanan. Antara yang menarik ialah seafood, western food, chicken rice, fried chicken, chicken chop, sayur-sayuran dan banyak lagi. Hari ini min kongsikan empat hidangan menarik bagi penggemar seafood dan western food.
1. Boneless Ikan Boulu Bakar Rice (RM 15.00)
Ikan yang dihidangkan ini adalah ikan segar yang ditangkap di laut pada setiap hari. Rata- rata pengunjung memang berpuas hati dan ada juga netizen yang kata ikan bakar Cottage Garden yang paling padu di Tawau.
Ramai pengunjung yang datang ke Cottage Garden tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati hidangan ini dan memberikan review mereka.
Ikan yang dihidangkan ini adalah ikan segar yang ditangkap di laut pada setiap hari. Rata- rata pengunjung memang berpuas hati dan ada juga netizen yang kata ikan bakar Cottage Garden yang paling padu di Tawau.
2. Curry Fish Head (RM 18 ++)
Selain ikan bakar, Cottage Garden juga menyediakan kari kepala ikan. Bagi anda yang teringin makan kari kepala ikan, di sinilah tempatnya. Nampak sangat menyelerakan pula bah kan? Mesti datang juga ni. Dengan harga RM 18, anda boleh makan Curry Fish Head yang sedap ni dengan senang hati. Netizen kata, makanan yang dihidangkan memang sedap dan segar.
3. Cheezy Grilled Chicken Chop (RM 21.90)
Kalau teringin makan western food, Cottage Garden juga menyediakan pilihan yang pelbagai untuk anda. Cheezy Grilled Chicken Chop adalah hidangan ayam di grill dengan keju yang dihidangkan bersama nasi dan salad. Kedengaran menarik kan. Pasti pembaca pun teruja dan teringin cuba western food ini kan? Bagi anda yang ingin mencuba western food di sini, Cottage Garden menjanjikan hidangkan makanan yang fresh dan servis yang mantap. Tapi kalau anda ingin try makan seafood dengan harga yang berbaloi di Tawau, jemput baca artikel ini.
https://purpledurian.my/makan/sri-titingan-restoran-seafood-dan-steamboat-terbaik-di-tawau/
4. Bolognese Pasta ( RM 14.90)
Bolognese Pasta adalah pasta yang dilengkapi dengan sos bolognese lembut yang diperbuat daripada tomato. Lihat saja hidangan ini memang nampak sangat menyelerakan. Bagi min, harga dan suasana yang best dengan persembahan busking untuk pengunjung dan servis yang baik memang sangat berbaloi bagi anda yang ingin berkunjung ke sini. Kalau anda berada di Shah Alam selangor dan nak try western food yang diinspirasikan dari Mediterranean boleh baca artikel ini.
https://purpledurian.my/food-review/dandy-modern-food-makanan-western-inspirasi-mediterranean/
REVIEW
Min rasa Cottage Garden ni memang unik dan memuaskan. Pengunjung yang datang boleh menikmati pelbagai jenis makanan dengan tawaran harga yang berbaloi. Bagi anda yang gemar makan bersama keluarga dan anak-anak, bolehlah berkunjung ke sini. Jemput semua datang dan cuba komen.
LOCATION
📍Cottage Garden Tawau
Unipark, 17976, 91000 Tawau, Sabah
🗺Google maps: https://goo.gl/maps/5CMYFWMnwF5TxzHn9
📞Phone: 016-833 3489
📲Website: https://cottage-garden-restaurant.business.site/
📲Facebook: https://web.facebook.com/cottagegardentawau/?_rdc=1&_rdr