Chocacake – Makang cake sambil layan view pantai

You are currently viewing Chocacake – Makang cake sambil layan view pantai

Chocacake cafe terletak betul betul di hadapan Pantai Tok Jembal, Gong Badak Kuala Terengganu. Cafe ni sangat sesuai bagi orang yang nak healing sambil layan view pantai gitew! Makan kek dengan angin angin sempoi pergh memang syok habis. Cafe ini boleh dikatakan sebagai syurga kek kerana terdapat lebih daripada 20 jenis menu untuk kek, pastry dan kopi yang disediakan di sini. Kafe ini mula terkenal di Tiktok kerana video kek-kek yang dikongsi di media sosial sudah cukup untuk membuatkan sesiapa sahaja terliur melihatnya 🤤

Tagline owner kedai ini ialah “ 99% of the bakes we made ourselves, with love hihi”. Jadi bila min makan kek sini memang sangatlah sedap dan kopi sumpah ngam dengan view pantai tu. Min sumpah suka cafe sebab kek dia semua comel comel dan kena dengan tekak terengganu min lagi lagi fav min Banana Chocolate Cheese crumble cake. Korang kena datang dan try kek fav min!

Chocacake
Chocacake
Pelbagai pilihan kek
Pelbagai pilihan kek (Chocacake)

Dari jauh, korang dah boleh nampak cafe yang bertema beach house yang begitu comel dan sangat aesthetic kalau nak lepak dengan kawan or dating dengan partner korang. Hiasan dan susun atur kafe sangat cantik dan teratur, ditambah lagi dengan kedudukan kafe yang terletak berhadapan dengan pantai sangat sesuai dijadikan tempat lepak santai di waktu petang sambil tunggu sunset lawo.

Ada juga cermin untuk korang OOTD dengan partner korang atau kawan kawan yang dihias dengan bunga segar yang sangat instagram worthy. Bagi min interior dalam dia agak sempit tetapi min lagi prefer if korang lepak bahagian luar yang banyak meja sambil layan view pantai.

Cafe ni memang vibe dia sangat tenang dan mana tahu boleh kurangkan stress korang bila datang cafe ni makan kek dan layan angin pantai. Staff diorang pun sangat friendly and kalau tak tahu nak pilih kek apa mintak je recommendation dari diorang hehe!!

View pantai dari Chocacake
View pantai dari Chocacake
Interior Chocacake
Interior Chocacake

Korang boleh mencuba beraneka jenis kek yang lazat dan unik di sini seperti Lemon loaf Cake, Lemon Rose Cake, Basque Burnt Cheesecake dan Raspberry White Chocolate Cake. Kek yang dihidangkan di sini sememangnya sedap dooh dan rupa yang sungguh menyelerakan pasti membuatkan korang lupa sekejap niat untuk diet.

Sekiranya korang nak cuba pilihan pastri yang lain, ada beberapa pilihan menu seperti Strawberry Matcha Cheesecake, Carrot Cake, Pandan Gula Melaka Cake, Citrus Coconut Passion Fruit Cake serta lain-lain termasuklah pelbagai jenis soft cookies, sandwich dan juga pavlova.

Ha lagi satu, min pertama kali try menu yang begitu menarik iaitu Raspberry & Blueberry Chocomel (chocolate & caramel) tarts yang sangat unik rasanya. Harga pun sangat affordable bersesuaian dengan potongan kek yang besar dan rasa yang begitu enak. Jadi min nak listkan kat bawah signature kek Chocacake yang selalu sold out.

MENU

1. Lemon Loaf Cheesecake

Min first time, try Lemon Loaf Cheesecake and sumpah sedap sangat sangat bagi min. Rasa masam dan manis tu bila bergabung sangat unik dan texture kek sangatlah gebu. Min paling suka sebab rupa kek sangat cute and bila post di media sosial ramai orang tanya min beli kat mana kek. Tapi overall bagi min kek dia sangat refreshing sebab ada lemon dan min rate 10/10!!

Lemon Loaf Cheesecake
Lemon Loaf Cheesecake

2. Banana Chocolate Cheese Crumble Cake

Crumble cake ni memang favourite min dooh. Gabungan chocolate dan banana sumpah ngam teruk dan crumble dia crispy sangat. Min boleh cakap lain dari yang lain rasa kek ni dan min memang selalu repeat kalau min balik Terengganu. Kek dia tak muak langsung walaupun ada cheese serta betul betul freshly baked from oven setiap hari min guarantee. Sedaknyaaaa!!

Banana Chocolate Cheese Crumble Cake
Banana Chocolate Cheese Crumble Cake

3. Chonky Cookies

Korang kalau mengidam soft cookies macam Subway tu, korang try je soft cookies dari Choca cake yang begitu tebal tapi chewy betul ye. Dibakar fresh setiap hari dalam pelbagai flavour seperti Chocolate Cchip, Tiger Milk Chonky, Matcha Chonky, Pretzel Chonky, Biscoff Chonky, Marshmallow Chonky yang begitu premium, menggoda dan menyelerakan orang yang melihat. Min pun tergoda bila tengok cookies yang comel comel dan texture yang begitu lembut bila dimakan. Rasa pun sangat nice dan sedap tak terkata ye!!

Chonky cookies
Chonky cookies

4. Wanpaku Sandwich

Sape sape peminat sandwich ala ala Japan bolehlah try wanpaku sandwich ni. Min boleh cakap wanpaku sandwich Chocacake tak kedekut langsung dengan filling dia,chicken slices tebal, sayur pun banyak. Tengok sekilas memang nampak tebal sandwich tu dengan isi yang banyak dan sihat. Sebelum korang pi kerja, boleh singgah di Chocacake untuk beli sandwich ni buat sarapan, confirm kenyang sehari hahahaha 🙂

Wanpaku sandwich
Wanpaku sandwich

Apa yang min simpulkan, please masukkan Chocacake dalam list korang kalau datang Terengganu sebab bagi min sangat worth the hype dengan pastry yang sedak dooh, tempat nice sangat tepi pantai je dan senang sangat nak parking kat sini.

Nak dating dengan partner korang sangat sesuai sambil borak borak hal kehidupan dengan hirup kopi sambil makan kek sambi juga menikamati angin pantai. Orang yang nak healing sangat sesuai datang then makan kek dari Chocacake confirm terus happy sambil tengok laut! Sekiranya korang inginkan ketenangan sambil bersantai ditemani dessert dan minuman yang lazat, bolehlah singgah ke Chocacake ye!

Bagi orang yang jauh dari Terengganu tapi craving nak makang dessert, min suggest korang singgah di Gula Cakery di Shah Alam yang menyajikan lebih dari 55 jenis kek dan desserts lain harian.

📍Location

Lot 31185 D, Jalan Pantai Tok Jembal, Kampung Kubang Badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

📱Google maps: https://goo.gl/maps/CDiJ3aEUjgBe64mR9

📱Waze : Chocacake

📱Instagram: https://instagram.com/chocacake?igshid=NTdlMDg3MTY=

📱TikTok: https://www.tiktok.com/@chocacake

Leave a Reply