Chendana Home Café, sebuah destinasi makanan yang muncul di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, telah mencuri perhatian dan tumpuan orang ramai dengan rekaan uniknya yang terinspirasi daripada keindahan pulau Bali. Dengan suasana yang menenangkan dan hidangan yang lazat, kafe ini memberi pengalaman santai seperti berada di destinasi percutian yang jauh. Mari min bawa korang teroka lebih dalam tentang keajaiban Chendana Home Café yang menawarkan lebih daripada sekadar makanan.
Dari saat anda memasuki Chendana Home Café, korang akan disambut dengan bunyi lembut alunan muzik bagaikan di Bali yang seakan mengundang korang untuk melangkah ke suasana percutian. Dekorasi kafe ini yang membawa suasana tropika dengan sentuhan moden seperti hiasan dinding kayu palet yang diselang-seli dengan papan lantai warna putih bersih. Lampu-lampu buluh gantung menambahkan sentuhan tradisional, mencipta suasana yang santai dan damai. Kafe ini benar-benar berhasil menghidupkan semula elemen-elemen yang menjadikan Bali tempat yang disegani untuk berehat.
Bagi korang yang nak cari cafe atau port kopi, korang boleh klik di link ini. Bagi korang yang nak try tengok suasana di Chendana Home Cafe daripada netizen, boleh klik di sini.
Menu
Satu lagi daya tarikan utama Chendana Home Café adalah hidangan autentik yang disajikan dengan penuh kasih sayang. Menu kafe ini menampilkan pelbagai hidangan ala cafe dengan hidangan berunsur barat sehingga hidangan asia. Terinspirasi daripada unsur Bali, hidangan yang disediakan bertujuan untuk membawa lidah korang ke suasana tropika. Setiap hidangan disediakan dengan teliti oleh pekerja cafe yang mahir, memastikan rasa hidangan yang disediakan adalah konsisten dan memuaskan pada setiap gigitan.
Nasi Daging Dendeng
“Nasi Daging Dendeng” adalah satu hidangan yang tak hanya mengisi perut, tetapi juga memberikan kekenyangan kepada pelanggan. Bagi para peminat kulineri, nasi daging dendeng adalah gabungan sempurna antara nasi yang lembut dan daging dendeng yang begitu lazat. Mengapa tidak, saat sudu korang merasakan gabungan antara tekstur nasi yang gebu dan potongan daging dendeng yang lembut, sensasi rasa yang tercipta seperti menjemput korang untuk mencuba lagi. Daging dendeng, yang dipotong nipis dan diperap dengan rempah ratus yang khas, kemudian diolah dengan penuh perhatian menghasilkan pengalaman rasa yang berbeza. Proses pengeringan daging ini memberikan cita rasa yang unik, rasa manis, dan sedikit pedas dalam satu gigitan. Ibaratnya, setiap suapan adalah gabungan sensasi rasa yang memikat. Aroma rempah ratus yang memenuhi ruang saat hidangan ini dihidangkan, menciptakan suasana yang pasti mengundang selera.
Shrimps Rolls Sandwich
‘Shrimp Rolls Sandwich’, atau sandwic gulungan udang, adalah hidangan yang menggabungkan cita rasa laut yang segar dengan kepuasan rasa roti buatan sendiri yang lembut dan enak. Isi udang dipilih dengan teliti untuk memastikan kualiti dan rasa yang terbaik. Udang dicelup dalam rempah rahsia yang akan memberi lidah anda dengan kenikmatan yang tak dapat diperkatakan. Kemudian, udang-udang ini dipanggang hingga keemasan, mengunci rasa dan kelembutan mereka dalam setiap gigitan.
Tambahan sos rahsia yang dihasilkan dengan sempurna memberikan aspek yang menyegarkan, manis yang lazat, dan sentuhan rempah yang berselera. Sos ini yang menjadikan hidangan ini unik dan memberikan lapisan rasa yang membangkitkan selera untuk mencuba lagi. Roti yang digunakan dalam sandwich ini juga tidak kurang pentingnya. Pada setiap gigitan, korang akan merasai gabungan tekstur yang luar biasa antara kelembutan roti dan keranggupan udang panggang.
Pancake Stacks
Antara keunikan tumpukan pancake di Chendana Home Café adalah kepelbagaian pilihan toppingnya. Pancake dimulakan dengan sapuan lembut mentega yang meleleh di antara setiap lapisan, kemudian ditambahi dengan sentuhan manis madu atau sirap mapel yang mengalir perlahan-lahan. Korang juga boleh menambahkan kepingan buah-buahan segar seperti strawberi merah jambu yang memberikan rasa masam dan manis yang seimbang. Atau mungkin kepingan pisang yang lembut dan lazat, mengingatkan korang akan kenangan manis zaman kanak-kanak. Tidak ketinggalan, susu krim yang lembut dan kental mampu memberikan sentuhan mewah kepada pancake korang. Bagi pencinta coklat, serbuk koko dan serpihan coklat boleh diletakkan di setiap lapisan, memberikan aroma dan rasa yang luar biasa.
Avocado Toast
Di Chendana Home Café, terdapat roti bakar avocado yang begitu memikat hati dan selera! Ini bukan sahaja suatu hidangan pagi yang lazat, malah ia merupakan satu kunjungan ke suasana kenikmatan rasa. Bayangkan sekeping roti yang garing di luar, tetapi lembut di dalam, disalut dengan lapisan avocado yang halus dan menggoda. Avocado,memberikan rasa yang kaya dan lembut, dicampur dengan sentuhan garam dan serbuk lada memberikan rasa yang seimbang, merangsang deria rasa dalam setiap gigitan. Tidak hanya itu, di Chendana Home Café juga, mereka menambah sentuhan kreatif kepada hidangan ini. Mereka menambahkan telur hancur dengan sedikit taburan serbuk cili flakes bagi kepedasan dan ianya adalah pilihan bijak yang akan menghidupkan semula cita rasa.
Review
Chendana Home Café bukan hanya sekadar menyediakan hidangan, malah mereka menawarkan satu pengalaman makan yang lengkap. Korang boleh pilih untuk duduk di ruang teres meja terbuka yang menghadap taman dalaman kafe sambil menikmati udara segar dan suasana semulajadi, atau jika korang ingin lebih merasa seperti di Bali, mereka juga menawarkan ruang-ruang jerami persendirian yang memberi privasi untuk bersantai bersama-sama rakan-rakan dan keluarga. Sekiranya korang mencari tempat yang sempurna untuk meluangkan masa bersama keluarga, mengadakan perjumpaan santai dengan rakan, atau hanya meredakan kepenatan harian, Chendana Home Café adalah pilihan yang tepat. Ia bukan sahaja menawarkan hidangan yang sedap, tetapi juga membawa korang seolah berada di dalam percutian, kawasan yang jauh dari kesibukan bandar.
Jadi, sekiranya korang sedang mencari peluang untuk melarikan diri sejenak ke Bali tanpa meninggalkan Kuala Lumpur, Chendana Home Café di Titiwangsa adalah destinasi yang patut dicuba. Bersama- sama dengan keluarga dan rakan-rakan, nikmati santapan yang lazat sambil merasai ketenangan dan keindahan suasana Bali di tengah bandar.
Untuk korang yang nak cari port cafe yang sama power, boleh klik di sini.
Lokasi
📍Chendana Home Café
80A, Jalan Kuantan, Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/RfHDaMXZbJaF9fxH6
⏰ Waktu Operasi: 9.00am – 10.00pm (Isnin-Selasa, Khamis)
9.00am – 12.00am (Jumaat-Ahad)
Rabu (Tutup)
No Telefon: 0 14-345 4399
📲 Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100083373277312&mibextid=ZbWKwL
📲Instagram: https://instagram.com/chendanahc?igshid=MzRlODBiNWFlZA==
📲 Tiktok: https://www.tiktok.com/@chendanahomecafe?_t=8f6kyew0gz4&_r=1
Article Curated By Amir Haziq