Korang yang duduk Perak tu mesti dah tahu kan nasi wanggey atau nasi vanggey tu apa. Haa kepada mereka yang tak tahu nasi wanggey tu adalah nasi kandar atau di Perak selalu orang sebut nasi ganja. Nasi wanggey adalah satu menu kegemaran orang-orang Perak dan bila pergi ke sana banyak kedai jual nasi ni. Tapi kali ni min nak kenalkan dekat korang satu restoran yang jual nasi wanggey yang sangat sedap di Kampar, Perak. Restoran tersebut adalah Iqa Corner Restaurant Nasi Wanggey Malim Nawar. Dekat sini menu-menu dia semua best dari nasi wanggey, nasi beriani, kari kepala ikan dan macam-macam lagi.
Restoran ini terletak ditepi jalan saja dan restoran mereka luas, bersih dan sangat selesa. Restoran ni berdindingkan papan jadi best sebab vibes kampung dulu-dulu gitu. Sesuai makan tengah hari dengan kawan-kawan kat sini. Apa yang bestnya nasi wanggey dekat sini adalah resepi turun temurun dari dulu sampai sekarang. Rempah-rempah yang mereka gunakan juga memang rasa sangat sedap dan banyak juga jenis pilihan lauk yang korang boleh pilih.
Korang kalau nak tengok kari kepala ikan sebesar kepala orang boleh datang ke sini. Lauk ikan, sotong dan lain-lain besar-besar. Memang puas makan, silap hari bulan makan tengah hari kenyang sampai malam tau korang. Kalau tak percaya boleh tengok video review dekat sini. Dah alang-alang berjalan di Perak meh la cari port dessert pula. Nak tahu boleh baca artikel ni.
https://purpledurian.my/makan/cafe-moden-dan-aesthetic-yang-terletak-di-ipoh-perak-le-fluer-cecil-rae/
Menu
1. Nasi Wanggey
Haa ini menu Nasi Wanggey yang sangat famous dekat Iqa Corner. Macam-macam lauk dan kuah korang boleh letak yang pasti semuanya sedap-sedap.
2. Nasi Beriani
Kalau korang tak minat nak cuba makan Nasi Wanggey, nak makan Nasi Beriani pun boleh tak ada masalah.
3. Kari Kepala Ikan
Kari Kepala Ikan dekat sini pun popular tau. Mana korang nak dapat kari kepala ikan sebesar di restoran Iqa Corner ni. Rasa kari dia yang pekat pun memang mantap sangat makan dengan nasi panas.
Ini adalah Iqa Corner Restaurant Nasi Wanggey Malim Nawar yang terletak di Kampar, Perak. Korang jangan risau dekat sini bukan sahaja ada nasi berlauk, nasi wanggey, dan nasi beriani tapi ada juga mee goreng dan lain-lain. Nak rasa masakan kampung yang asli wajib datang sini tau. Mereka buka setiap hari kecuali hari Sabtu dan mereka buka bermula jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang. Jemput hadir yang mana datang Perak untuk bercuti, bawa sekali kawan-kawan dan family makan disini.
Location
📍 Iqa Corner Restaurant Nasi Wanggey Malim Nawar
LC 299, Pekan Baru, 31700 Malim Nawar, Perak
🗺️ Google Maps: https://goo.gl/maps/VhvaZLXWGEfeL9rH7
📲 Facebook: https://www.facebook.com/nasiwanggeymalimnawar/