Cafe Moden Dan Aesthetic Yang Terletak Di Ipoh, Perak – Le Fluer Cecil Rae

  • Post author:
  • Post category:Makan / Viral
  • Reading time:5 mins read
You are currently viewing Cafe Moden Dan Aesthetic Yang Terletak Di Ipoh, Perak – Le Fluer Cecil Rae

Peminat coffee dan pastry mesti korang tengah cari port best nak rasa pastry yang sedap dan fresh dari oven kan? Haa min ada terjumpa satu artisan cafe yang moden dan aesthetic yang terletak di Ipoh, Perak. Nama cafe tersebut adalah Le Fluer Cecil Rae. Susah min nak sebut ni terbelit lidah min tapi kalau korang nak tahu makanan dekat sini semuanya sedap-sedap. Bukan sahaja ada pastry, mereka juga ada main menu seperti grilled chicken chop, fish and chips, dan spaghetti meatballs. Beverages pun ada pelbagai jenis tau bukan sahaja coffee, mereka juga hidangkan teh dan beberapa menu air lain seperti coklat, jus oren, air tin dan lain-lain.

Apa yang min paling suka dengan artisan cafe ni adalah interior design dia sangat cantik dan kemas. Memang sangat selesa kalau korang nak buat meeting bersama client atau nak jalan-jalan sambil ootd memang sesuai sangat. Cafe ini sangat terkenal dengan cinnamon rolls mereka kerana lembut dan memiliki pelbagai topping sedap. Susah tau nak cari cinnamon rolls yang sedap.

interior design

Korang wajib cuba datang ke sini dan rasa setiap pastry yang ada di artisan cafe ni sebab semua fresh bake tau. Mereka juga ada menu croissant sandwich dimana korang boleh pilih nak letak chicken slice, turkey ham, beef salami ataupun makan dengan jem strawberry memang sedap sangat. Kalau korang nak tengok suasana disana boleh tengok video review ni.

Teringin nak cari artisan cafe yang menghidangkan cinnamon rolls bersama topping yang menarik, korang boleh baca artikel ni. Cafe menjual pelbagai jenis cinnamon rolls yang sedap dan yang penting fresh bake.
https://purpledurian.my/food-review/bakery-khas-untuk-cinnamon-rolls-hanya-di-homebaker-at-clover/

Menu Le Fluer Cecil Rae

1. Cinnamon Rolls

cinnamon rolls 2

Antara pastry yang paling famous disini adalah cinnamon rolls. Korang boleh pilih mana-mana topping yang korang suka dengan harga yang berpatutan.

2. Grilled Chicken Chop (RM24.90)

grilled chicken chop

Grilled Chicken Chop didatangi bersama sos black pepper, coleslaw dan juga kentang goreng. Makanan ni memang boleh buatkan korang kenyang sangat-sangat.

3. Croissant Sandwich Beef Salami (RM18.90)

Croissant Sandwich Beef Salami

Haa nak rasa breakfast set yang best dan sedap korang boleh cuba croissant sandwich beef salami. Kalau korang tak suka beef salami korang boleh tukar kepada turkey ham atau chicken slice. Bagi min semuanya sedap.

Macam mana korang best kan cafe Le Fleur Cecil Rae ni. Selain makanan yang sedap kawasan yang selesa juga boleh buatkan hati kita gembira dan tenang. Korang yang tengah mencari port pastry sedap dan tempat nak ootd boleh datang ke cafe artisan Le Fleur Cecil Rae di Ipoh, Perak. Mereka buka setiap hari kecuali hari isnin dan mereka buka bermula jam 10 pagi hingga jam 7 petang. Jangan lupa bawa family dan kawan-kawan korang rasa pastry dekat sini !

Location
📍 Le Fluer Cecil Rae

4, Lebuh Cecil Rae, Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak

🗺️ Google Maps: https://goo.gl/maps/sGQLyHgRC8wgvxTC7

📲Facebook: https://web.facebook.com/lefleurcecilrae/?_rdc=1&_rdr
📲Instagram: https://www.instagram.com/lefleur_cecilrae/
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@lefleur_cecilrae