Yan Burger Adik Abang yang terletak di Kampung Baru Pulau Pinang terkenal dengan menu burger dengan saiz gergasi.
Yan Burger Adik Abang menjual pelbagai jenis burger dengan dengan pelbagai saiz. Dari saiz biasa hinggalah saiz paling besar dengan berat mencapai 1 KG Harga yang ditawarkan juga sangat pelbagai. Boleh dapatkan dengan harga paling rendah hingga harga yang paling tinggi.
1. Burger Gergasi
Kalau anda nak tahu burger gergasi ni mempunyai berat lebih 1 KG untuk setiap hidangan.
Anda boleh dapatkan burger daging saiz gergasi dengan harga RM 50. Besar macam ni, boleh makan 4/5 orang juga. Memang sangat mengenyangkan kalau makan burger gergasi ni.
2. Roti John
Roti john pun ada juga. Hanya setiap hari ahad sahaja, anda boleh dapatkan roti john. Anda boleh pilih nak makan roti john ayam atau daging. Kalau nak makan roti john mesti datang awal. Sebab roti john ni akan dibuka dari pukul 9 pagi hingga 2 petang sahaja. Waktu dan hari agak terhad. Sebab tu mesti datang hari ahad pada awal pagi.
3. Burger Sosej
Burger paling murah anda boleh dapatkan di Yan Burger Adik Abang ialah Burger Sosej. Harga memang murah. RM 2.50 sahaja dapat makan burger sosej. Ada juga burger sosej egg dengan harga RM 3.50, sosej cheese RM 5, sosej egg cheese RM 6, sosej double RM 4 dan sosej special RM 7. Jom tengok pula review dari netien yang datang ke Yan Burger Adik Abang.
REVIEW
Yan Burger Adik Abang ni memang dikenali di Pulau pinang, lebih-lebih lagi di Kampung Baru. Anda semua apa tunggu lagi? Jom cuba menu burger gergasi dan ajak kawan makan sekali. Jemput datang dan komen!
📍Yan Burger Adik Abang
1341, Jalan Permatang Bendahari, Kampung Baru, 13100 Penaga, Pulau Pinang
Google maps: https://goo.gl/maps/9FFapb2CidT4T8Vr5
📞Phone: 017 466 0177
📲Facebook: https://www.facebook.com/yanburger09?mibextid=LQQJ4d
📲Instagram: https://instagram.com/yanburger09?igshid=YmMyMTA2M2Y=
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@yanburger09?_t=8apXpAeR25S&_r=1