Boat Noodle – Authentic Thailand Food In Tawau

  • Post author:
  • Post category:Makan / Moden / Viral
  • Reading time:6 mins read
You are currently viewing Boat Noodle – Authentic Thailand Food In Tawau

Boat Noodle yang terletak di Kubota Sentral, Jalan Chong Thien Vun terkenal untuk makanan Thailand dengan pilihan menu yang pelbagai.

Boat Noodle Tawau
Boat Noodle Kubota Sentral, Tawau
https://g.co/kgs/dGeAgF

Boat Noodle nampak simple dan menarik bagi anda yang gemarkan suasana yang aesthetic. Sudut tertentu di Noodle Boat ini memang sesuai untuk anda yang suka snap gambar. Seperti yang anda nampak, suasananya sangat colorful dan perabot yang ada di sini juga bercirikan desa.

Boat Noodle Tawau
Boat Noodle Kubota Sentral, Tawau
https://g.co/kgs/dGeAgF

MENU

Menu yang disediakan di Boat Noodle memang terdapat dalam pelbagai pilihan. Antara pilihan menu yang disediakan ialah berasaskan noodle, nasi, meatballs, dan pelbagai pilihan minuman.

Menu Boat Noodle Tawau
Menu
Facebook: Boat Noodle Kubota Sentral

Bagi min, makanan di sini agar pricey untuk saiz hidangan yang disediakan. Tapi anda semua jangan risau. Sebab makanan di sini memang sedap. Min share review dari netizen yang datang ke Boat Noodle Tawau. https://vt.tiktok.com/ZS8fMgcb6/

Di sini juga ada noodle murah yang sedap. Memang mesti try. Makanan Thai di Tawau pun ada, untuk orang Tawau tak perlu la pergi jauh-jauh kan. Nah min share 4 makanan yang disediakan di sini.

1. Pathumthani (RM 2.80)

boat noodle Tawau
boanoodle.com.my

Pathumthani ialah makanan Thai yang diperbuat daripada mi. Mi tersebut dicampurkan bersama dark soy dengan hirisan daging ayam atau juga daging lembu. Terdapat dua pilihan perasa iaitu spicy atau nom spicy. Rasanya pula ialah gabungan antara rasa manis dan masam.

2. Ayutthaya (RM 2.80)

boat noodle Tawau
boanoodle.com.my

Ayyuthaya juga sejenis mi dengan campuran sup yang dihidangkan bersama daging lembu atau ayam. Sup yang dihasilkan diperbuat daripada herba pedas asli Thai. Min share juga antara makanan Thai yang anda patut cuba kalau anda berada di Kuala Lumpur. https://purpledurian.my/food-review/rasa-tomyam-yang-kaw-di-thai-luck/

3. Ayam Legend ( RM 15.80)

Fuhh. Nama pun Ayam Legend. Ayam perap yang dimasak lembut ini memang memikat selera. Dengan sentuhan rasa Thai yang tersendiri, memang dijamin puas hati. Kalau anda suka makan pedas, anda mesti cuba Ayam Legend cicah sos dengan rasa yang sour, sweet, dan spicy.

4. Fresh Thai Coconut (RM 10.50)

boanoodle.com.my

Fresh Thai Coconut ni pula antara minuman yang disediakan di sini. Lepas makan pedas-pedas, boleh cuba air kelapa segar dari Boat Noodle. Bagi min, harga ni sedikit pricey untuk satu biji kelapa tapi netizen boleh try untuk rasai sendiri keunikan makan makanan Thai dengan hidangan air kelapa segar di sini. Terdapat lebih dari 30 cawangan Boat Noodle di seluruh Malaysia. Untuk tengok cawangan berdekatan anda boleh tengok website mereka https://boatnoodle.com.my/

REVIEW

Jom ramai-ramai datang ke Boat Noodle Tawau. Walaupun harga agak mahal untuk sesetengah hidangan, pengunjung yang datang juga boleh dapatkan makanan dengan harga yang murah di sini. Mahal belakang cerita, yang penting sedap dan sangat puas hati makan di sini. Boleh ajak kawan-kawan datang makan sekali dan bagi komen anda😚.

LOCATION

📍Boat Noodle Tawau

Ground Floor Kubota Sentral, Jalan Chong Thien Vun, 91000 Tawau, Sabah
🗺Google maps: https://goo.gl/maps/NQW2nPm2VPShZZfv7
📞Phone: 0168823680
📱Facebook: https://www.facebook.com/boatnoodlekubotasentral?mibextid=LQQJ4d
📱Instagram: https://instagram.com/boatnoodlekubotasentral?igshid=YmMyMTA2M2Y=