Bazar Ramadan TTDI — Apa Yang Best di Bazar Ramadan ‘Atasan’ Ni?

  • Post author:
  • Post category:Makan / Moden
  • Reading time:6 mins read
You are currently viewing Bazar Ramadan TTDI — Apa Yang Best di Bazar Ramadan ‘Atasan’ Ni?

Salam Ramadan semua! Hari ini dah masuk hari ke 15 kita berpuasa. Cepatnya waktu berlalu! Tak sangka kita dah melalui separuh Ramadan dah. Semoga baik-baik sahaja ya semua. Sepanjang Ramadan ni, korang ada buat bazar hunting tak? Ye lah kan, sepanjang Covid-19 haritu kan tiada bazar ramadan. Tahun ni meriah betul ye bazar Ramadan di negera kita ni.

Min sangat suka suasana bazar Ramadan sebab dekat situ kita boleh tengok pelbagai jenis makanan. Hampir semua makanan lah ada! Memang rambang mata lah dibuatnya. Yang paling best, semua rakyat Malaysia berbilang majmuk ni akan ke bazaar Ramadan untuk membeli makanan buat orang yang tersayang. Kultur yang menurut Min sangat istimewa sebabnya tak semua negara ada bazar Ramadan tau.

Ha, kalau bab bazar ramadan ni, setiap tahun bazar ramadan Taman Tun Dr Ismail atau lebih dikenali sebagai TTDI ini akan menarik perhatian netizen di media sosial. Orang kata bazar ramadan di TTDI ni bazar ‘kayangan’ atau ‘atasan’ disebabkan harga dia yang lebih mahal daripada bazaar lain. Hatta, pengguna Twitter @melaninsashimi mengatakan bazaar ramadan di sini sangatlah atasan sehingga kita boleh nampak lebih ramai yang menjual ribs daripada roti john. Fuh, fancy betul ni.

Tapi, setiap hari bazaar ni padat sangatl! Apa yang best sangat di bazaar ramadan ni? Jom kita tengok apa yang best dekat bazar ramadan TTDI ni.

1) Cheese On Wheels

Cheese On Wheels | Sumber: Cupcake Aisyah / Youtube

Waktu awal awal Ramadan, menu mac & cheese ini sangat viral sebab mereka menggunakan cheese wheel. Rasanya first time Min nampak kat bazaar Ramadan menu ni. Korang boleh order plain, atau nak tambah topping macam kambing atau daging pun boleh.

2) Nasi Goreng Wagyu

Bazar lain ada nasi goreng ayam, nasi goreng seafood atau nasi goreng USA, tapi bazar TTDI ada nasi goreng wagyu! Sungguh atasan ye.

3) Cempedak Madu Goreng

Cempedak Madu Goreng | Sumber: iCookAsia / Youtube

Kalau korang penduduk TTDI mesti dah tak asing dengan cempedak madu goreng ni. Sentiasa ada ramai orang beratur dan memang sangat sedap! Rangup dan manis.

4) Murtabak

Murtabak ni memang top 3 makanan paling terkenal di bazar Ramadan lah jadi memang tak pelik kalau murtabak ni sangat popular setiap tahun di bazar Ramadan.

Fuh, Min terus jadi lapar pulak. Ini cuma 5% je tau untuk apa yang ada di bazaar ramadan TTDI. Kalau nak tahu apa je lagi makanan wajib di bazar ramadan, boleh baca artikel ini ya. Menurut korang macam mana? Berbaloi ke pergi sini?

Lokasi

📍 Bazar Ramadan TTDI

Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

🗺 Google Maps: https://goo.gl/maps/nRoqESmL14NkqQk66

Artikel ini ditulis oleh Nuha Azaha.