Dim Sum antara makanan popular di kalangan kaum chinese tapi ada juga kaum lain yang meminatinya. Bagi min dim sum dan makanan chinese sangat sedap sebab rasanya lain dari yang lain. Hari ni min nak kenalkan dekat korang satu restoran yang menyediakan pelbagai jenis dimsum dan makanan chinese yang diperbuat oleh chef yang berpengalaman. Restoran tersebut adalah Asiari.
Restoran ini memiliki 4 cawangan di Malaysia. Ia terletak di Bandar Baru Bangi, Bukit Jelutong, IOI City Mall dan juga Subang Parade. Semua cawangan ini menghidangkan makanan yang halal jadi korang tak perlu risau okay. Mereka menyediakan pelbagai jenis makanan bermula dengan main dish, menu nasi, menu berasaskan sayuran, dim sum, seafood dan juga beverages. Kalau korang nak tahu kesemua cawangan Asiari menggunakan warna hijau yang moden dan juga interior mereka sangat elegant.
Macam yang korang tengok dekat atas tu interior dia sangat elegant dan modern kan. Haa.. mesti korang rasa macam eh betul ke sedap dim sum dekat sini. Jadi min sediakan video food review untuk korang tengok. Lepas pergi Asiari min cadangkan kepada peminat dimsum untuk pergi ke next location iaitu Dolly Dim Sum. Kalau nak tahu menu apa yang korang boleh order di sana baca artikel ni.
https://purpledurian.my/food-review/menu-wajib-order-dolly-dim-sum/
Menu Asiari
1. Golden Lava Bun Filled With Custard and Egg Yolk (RM9.00)
Golden Lava Bun Filled With Custard and Egg Yolk adalah bestseller di Asiari tau. Bila korang buka je roti terus terkeluar inti custard dan telur kuning tu. Rasanya yang creamy dan sedap memang sesuai untuk korang cuba.
2. Steamed Chicken Dumpling With Shrimp, Shiitake Mushroom & Tobiko (RM9.50)
Haa.. peminat dimsum mesti selalu try menu yang ni kan. Min paling suka rasa dimsum Steamed Chicken Dumpling With Shrimp, Shiitake Mushroom & Tobiko ni. Dimsum di Asiari ni pun besar tau cukup order 5 jenis dimsum boleh kenyang korang dibuatnya.
3. Steamed Rice Rolls With Prawns (RM11.60)
Steamed Rice Rolls juga antara menu yang popular tau sekarang. Ramai orang nak cuba menu ni tapi banyak kedai dimsum tak jual ya. Jadi kepada korang yang nak cuba boleh datang ke Asiari sebab mereka ada 2 chef yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang asian oriental cuisine.
Jadi kepada peminat dimsum dan chinese food boleh singgah ke sini untuk makan lunch atau dinner. Boleh datang beramai-ramai bawa family dan kawan korang ya. Korang yang makan banyak tu dan takut kena bayar mahal boleh register di Club Cari Makan dan mendapat diskaun 10% bila makan di Asiari. Jadi jangan lepaskan peluang ni cepat-cepat register sekarang!
Location
📍 Asiari Subang Parade
Subang Parade, G07 A,B,C, Persiaran Kemajuan SS16, 47500 Subang Jaya, Selangor
🗺️ Google Maps: https://goo.gl/maps/assfMXGK7miV97Qz6
📍 Asiari Bukit Jelutong
D’Bayu, G15, Jalan Serambi U8/24, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor
🗺️ Google Maps: https://goo.gl/maps/evFSSgjk4jSAqX7r6
📍 Asiari Bandar Baru Bangi
No. 10 & 11 G1, Jalan Medan PB2A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
🗺️ Google Maps: https://goo.gl/maps/AAfnouPKNyu6VAjn7
📍 Asiari IOI City Mall
Lot LG-78F, Lower Ground Floor IOI City Mall, Ioi Resort, 65202 Putrajaya, Selangor
🗺️ Google Maps: https://goo.gl/maps/rWBczzXcv2Tepj2V6
📲Facebook: https://www.facebook.com/asiarimy
📲Instagram: https://www.instagram.com/asiarimy/
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@asiarimy