Hey wassup guys! Harini kita nak masak Siakap Goreng ala Thai. Hidang ikan siakap crispy campur dengan resipi kuah kita yang masam pedas pekat manis ni. Fuh, berselera korang makan nanti. Jom mula masak!
Bahan-bahan:
- Ikan siakap
- Tepung jagung
- Garam
- Kunyit
- 1 biji bawang merah
- 6 biji bawang putih
- 2 batang serai
- Halia
- 1 cawan sos cili thai
- Sos tiram
- Sos ikan
- Gula
- 8 biji cili padi
- 4 helai daun limau purut
- 3 biji limau nipis
- Daun ketumbar
Cara-cara:
- Pertama sekali, ambil ikan siakap dan lumurkan dengan sedikit garam. Tambahkan tepung jagung ke atas ikan.
- Selepas itu, gaulkan ikan dengan sedikit kunyit. Lumurkan dan letakkan di tepi untuk perap.
- Untuk membuat sos, gunakan 1 biji bawang merah bersaiz besar dan 6 Ulas bawang putih yang dicincang halus.
- Tumiskan dengan 2 batang serai yang dah hiris nipis dengan halia sebesar ibu jari.
- Kemudian, masukkan 1 cawan sos cili Thai.
- Masukkan 2 sudu sos tiram.
- Masukkan 2 sudu sos ikan, 1 sudu kecil gula. Kacau sehingga mendidih.
- Selepas itu, masukkan sedikit air tepung jagung sikit supaya kuah sedikit pekat.
- Padamkan api. Seterusnya, masukkan 8 biji cili padi yang telah ditumbuk.
Tambahkan 4 helai daun limau purut yang telah dihiris nipis dan perahkan 3 biji limau nipis ke dalam sos tadi.
- Masukkan daun ketumbar yang telah dihiris untuk bahan terakhir.
- Untuk ikan pula, gorengkan ikan siakap yang telah diperap tadi ke dalam minyak panas.
- Angkat ikan setelah digoreng sehingga garing dan keperangan.
- Langkah terakhir, ambil sos ikan yang dimasak di atas dapur tadi. Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng.
Sangatlah sedap kerana ada semua rasa seperti masam masin manis. Boleh dihidang bersama nasi putih untuk dimakan beramai-ramai. Ingat tau gune resipi ni untuk masak di rumah! Tapi kalau malas juga nak masak, korang pergi makan ikan siakap di Rumah Tomyam je!
Untuk korang yang nak lihat video asal Khairul Aming boleh tekan link di bawah ini: