Hey wassup guys! Harini kita nak buat Paru Goreng Berlado. Makan paru yang digoreng pedas-pedas bersama nasi putih panas-panas. Fuh, bila baca pun dah tahu sedap ni. Jom ikut resipi ni!
MENU: PARU GORENG BERLADO
Bahan-bahan:
- Paru
- 3 keping asam gelugur
- 1 biji bawang merah
- 1 biji tomato
- 3 biji cili hijau
- 5 biji cili padi merah
- 5 ulas bawang putih
- 3 batang serai
- 5 helai daun limau purut
- Sos tiram
- Sos ikan
- Serbuk perasa
Cara-cara:
- Pertama sekali, korang rebus paru dengan garam dan juga 3 asam keping gelugur.
- Selepas siap direbus, toskan air rebusan.
- Gaulkan daging bersama serbuk kunyit dan juga sedikit garam
- Masukkan paru ke dalam minyak panas secara beransur-ansur kerana paru akan berkembang bila dimasak.
- Goreng sehingga paru betul-betul garing. Angkat paru yang telah digoreng dan letakkan di tepi.
- Untuk bahan kisar, gunakan 1 biji bawang merah bersaiz besar.
- 1 biji tomato dan tiga biji cili hijau.
- 5 biji cili merah dan 3 biji cili padi hijau.
- 5 biji cili padi merah dan 5 ulas bawang putih.
- Kemudian, masukkan bahan-bahan tadi ke dalam pengisar. Korang kisar kasar sahaja. Tidak perlu sehingga halus
- Kemudian, tumiskan bahan yang telah dikisar tadi.
- Masukkan 3 batang serai yang dah diketuk dengan 5 helai daun limau purut yang telah dicarik kepada dua.
- Masukkan bahan-bahan perasa seperti sos tiram, sos ikan, garam dan serbuk perasa.
- Setelah siap menumis, pastikan air tumisan sudah kering sebelum masukkan paru yang telah digoreng.
- Padamkan api dan boleh gaulkan seperti biasa.
- Maka, sudah siap lah Paru Goreng Berlado yang sedap ini.
Makan dengan bubur pun boleh, apatah lagi nasi lemak kan. Lagi sedap bila dimakan bersama nasi putih dan ulam-ulaman. Kelazatan Paru Goreng Berlado ni pun dah cukup untuk membuat korang tambah nasi banyak kali tau! Buatlah lebih, boleh makan untuk sahur juga. Selamat berbuka semua!
Untuk korang yang nak lihat video asal Khairul Aming boleh tekan link di bawah ini: