30 Hari 30 Resepi Khairul Aming: Pisang Custard Butterscotch

  • Post author:
  • Post category:Makan / Resepi / Viral
  • Reading time:6 mins read
You are currently viewing 30 Hari 30 Resepi Khairul Aming: Pisang Custard Butterscotch

30 Hari 30 Resepi dari Khairul Aming hari yang ke-17. Kali ni Khairul Aming bawakan lagi resepi dessert yang korang boleh buat sama ada untuk berbuka nanti atau pun korang nak cuba masa raya untuk hidangkan dekat tetamu. Resepi kalini adalah Pisang Custard Butterscotch. Rasa manis pisang dan creamy dari custard tu memang terliur weh bila tengok. Kalau korang rasa sekali mesti tak nak kongsi dengan orang lain sebab takut habis. Apapun jom min kongsikan resepinya korang boleh baca artikel ni sampai habis.

Pisang custard butterscotch

Pisang Custard Butterscotch dessert yang sedap, lembut dan sangat creamy. Jom kita masak !

Bahan-bahan:

  • Pisang
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • ½ cawan tepung kastard (Tak ada tepung kastard klik sini –> https://shope.ee/8zYxapq7jk)
  • 1 sudu mentega
  • ½ cawan gula perang
  • ½ cawan whipping cream (Whipping cream bahan kena ada –> https://shope.ee/5fIVcd9Ils)
  • ⅓ sudu kecil garam

Cara-cara:

esen vanilla

1. Mula-mula korang sediakan pan/kuali tapi jangan hidupkan api lagi tau. Tuangkan 1 tin susu cair dan 1 tin air ke dalam pan/kuali serta masukan 1 sudu kecil esen vanilla.

masukkan tepung custard

2. Lepas itu masukkan ½ cawan tepung kastard dan kacaukan sehingga tepung kastard itu larut. Baru lah kita hidupkan api.

gaul sampai pekat

3. Bila api dah hidup korang kacau lagi kastard tu dalam 3-4 minit sampai kuah kastard tu pekat macam dalam gambar. Dah pekat kuah kastard boleh tuangkan dalam bekas/mangkuk. Untuk pengetahuan korang kastard ni memang tak ada rasa sebab kita nak match kan dia dengan pisang nanti.

mentega dan gula perang

4. Kemudian kita buat pisang pula. Masukkan 1 sudu mentega dan ½ cawan gula perang ke dalam kuali. Gunakan api yang perlahan untuk kacau dan kacau sehingga nampak kecoklatan.

masukkan whipping cream

5. Bila dah nampak kecoklatan, tuangkan ½ cawan whipping cream dan kacau sehingga rata. Masukkan juga ⅓ sudu kecil garam dan kacaukan serta matikan api. Sos korang akan nampak pekat macam dalam gambar.

masukkan pisang

6. Kemudian, masukkan pisang yang kita dah belah dua tadi kedalam sos dan susun elok tau. Hidupkan semula api sebab kita nak masak pisang tu sekejap je nak bagi pisang lembut.

ratakan dengan kemas

7. Dah nampak pisang jadi lembut, matikan api dan tuangkan ke atas sos kastard yang kita buat tadi. Ratakan pisang bagi kemas dan cantik.

dah siap

8. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 3-4 jam sampai betul-betul sejuk sebab pisang custard butterscotch ni sedap makan masa sejuk tau. Dah sejuk boleh lah dihidang makan dengan kawan atau dengan family.

Haa.. nampak macam susah je kan nak buat padahal senang je weh. Korang memang kena try resepi ni sebab min tengok pun terliur tau apatah lagi korang kan? Makan sejuk-sejuk memang best korang nak lagi masa tengah panas-panas ni. Dapat makan dessert macam ni masa berbuka terus dapat tenaga balik. Korang kalau nak tengok video resepi pisang custard butterscotch dari Khairul Aming boleh klik sini. Selamat mencuba korang !