Selamat petang semua! Siapa dah cuba resepi Badak Berendam yang min kongsikan sebelum ni? Korang suka makan panas-panas atau sejuk-sejuk? Kalau ikut min, min suka makan sejuk. Rasa nikmat selepas seharian berpuasa dapat makan Badak Berendam sejuk-sejuk memang ngamsoi hehe.
Ok, so kalini min nak kongsikan satu lagi resepi pencuci mulut dari KA, iaitu Thai Red Ruby. Makanan ni berasal daripada Thailand. Namanya sendiri diambil dari batu permata Thai Ruby dari Bo Rai, Thailand disebabkan bentuk pencuci mulut ni seakan-akan bentuk permata Thai Ruby itu sendiri.
Tanpa membuang masa, jom kita semak resepi olahan dari KA ni kat bawah.
MENU: THAI RED RUBY
Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 15 minit
Jumlah hidangan: 2 orang
Bahan-bahan:
- 1/2 biji sengkuang (saiz besar)
- Pewarna merah
- 1 cawan tepung ubi kayu
- Buah nangka (dibelah nipis)
- 2 kotak kecil santan
- 1 cawan air
- 2 helai daun pandan
- 1/2 sudu kecil garam
- 6 sudu besar gula putih
Cara-cara:
- 1. Mula-mula sekali, potong sengkuang secara potongan dadu. Kemudian, masukkan dalam mangkuk dan gaulkan dengan pewarna merah dan tepung ubi kayu.
- 2. Seterusnya, masak sengkuang tersebut dalam air yang telah dididihkan terlebih dahulu sehingga ianya lembut dan pekat seperti jem. Setelah itu, angkat dan rendam seketika ke dalam air ais untuk menghentikan proses memasak.
- 3. Kemudian, belah buah nangka secara nipis-nipis.
- 4. Untuk kuah, gunakan 2 kotak kecil santan, 1 cawan air, 2 helai daun pandan, garam dan gula. Kacau sehingga mendidih.
- 5. Akhir sekali, bolehlah masukkan ais ke dalam mangkuk, letakkan sengkuang, nangka dan tuangkan kuah santan untuk melengkapkan hidangan.
Selamat mencuba!
Video penuh dari Tiktok KA: Resepi Thai Red Ruby