Hai, semua! Korang dah cuba ke belum resepi Badak Berendam dan Thai Red Ruby yang KA buat sebelum ni? Kalau belum cuba, dah boleh kut korang mula buat. Macam dah banyak je resepi KA yang korang simpan tapi tak buat-buat hahaha.
Kalini kita nak kongsikan lagi resepi pencuci mulut yang sangat mudah untuk dibuat tau. Kalau dihidang waktu rumah terbuka nanti, mesti menu ni paling laku dan cepat je licin. Dalam resepi ni, KA gunakan oven. Tapi kalau korang tak ada oven kat rumah, boleh juga gunakan air fryer, bakar pada suhu 180°C selama 10-15 minit je. Sekarang jom kita semak resepi Puding Roti kat bawah.
MENU: PUDING ROTI
Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 15 minit
Jumlah hidangan: 5-6 orang
Bahan-bahan:
- 2 cawan susu segar
- 1/2 cawan gula perang
- 1 sudu kecil esen vanila
- 2 biji telur
- Serbuk kayu manis
- Garam
- Mentega (butter)
- Roti keping
- Chocolate chip
- 1 tin susu cair
- 1/2 cawan air
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu besar tepung kastard
Cara-cara:
- 1. Pertama sekali, tuang susu segar, gula perang, esen vanila, telur, serbuk kayu manis dan garam secukup rasa di dalam mangkuk. Kacau sehingga sebati.
- 2. Kemudian, tuang bahan-bahan yang sudah dibancuh tadi ke dalam periuk, masukkan lebih kurang 2 sudu besar butter dan baru boleh hidupkan api. Kacau sehingga butter cair, kemudian terus tutup api.
- 3. Seterusnya, carikkan beberapa keping roti dan susun dalam apa-apa bekas. Kemudian, tabur chocolate chip dan siramkan kuah yang korang dah buat tadi. Ulang langkah ni sebanyak dua kali untuk dua lapisan.
- 4. Selepas siap, tekan-tekan sikit roti supaya kuah meresap. Kemudian, biar dulu seketika sebelum masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 180°C selama 45 minit.
- 5. Untuk sos kartard, tuang 1 tin susu cair dalam mangkuk, 1/2 cawan air, 2 sudu besar gula putih dan 1 sudu besar tepung kastard. Kacau sehingga rata. Tuangkan ke dalam periuk, selepas tu baru hidupkan api. Pastikan sentiasa dikacau sehingga mula mendidih.
- 6. Akhir sekali, apabila puding roti dah siap dibakar, bolehlah tuangkan sos kastard ke atas roti dan sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba!
Video penuh dari Tiktok KA: Resepi Puding Roti