Hai, korang! Harini kan dah masuk hari ke-6 kita berpuasa untuk tahun 2024. Panjang lagi perjalanan kita menuju Hari Raya Puasa ni hehe. Kalau korang dah ada idea nak masak apa untuk menu berbuka, JANGAN TENGOK POSTING NI!
Sebab apa? Sebab posting ni untuk mereka-mereka yang tak ada idea nak masak juadah berbuka. Ha meh sini cuba tengok resepi simple tapi sedap dari public figure kesayangan ramai, Khairul Aming (KA). Check bahan-bahan kat bawah, ada tak kat dapur korang? Kalau ada, pergi masak harini jugak.
MENU: KERABU SUHUN
Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 10 minit
Jumlah hidangan: 1-2 orang
Bahan-bahan:
- 1 paket suhun
- 1-2 ekor sotong
- 3-4 ekor udang
- 2 biji cili padi merah (ditumbuk)
- 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 1/2 biji bawang merah (dihiris)
- 4-5 biji tomato ceri (dibelah dua)
- Daun ketumbar (dihiris kasar)
- 3 biji limau nipis
- 1 1/2 sudu gula
- 2 sudu sos ikan
Cara-cara:
- 1. Pertama sekali, rebuskan sotong dan udang dalam air yang mendidih. Tapi, jangan lama-lama. Cukup sampai sotong dan udang berubah warna, boleh terus angkat, toskan dan letak tepi dulu.
- 2. Kemudian, ambil sepaket suhun dan rendam sekejap dalam air rebusan seafood kita tadi supaya rasa seafood tu meresap dalam suhun. Lepastu celurkan suhun tadi ke dalam air sejuk supaya sedikit kenyal dan tak terlalu lembik.
- 3. Masukkan semua bahan-bahan yang selebihnya ke dalam mangkuk hidangan dan perahkan limau nipis.
- 4. Kemudian, tuangkan 2 sudu sos ikan dan gula. Gaul rata.
- 5. Akhir sekali, masukkan sotong dan udang yang dah siap direbus tadi bersama dengan suhun. Sertakan sekali daun ketumbar jika mahu.
- 6. Gaulkan kesemua bahan dan voila! Siap untuk dihidangkan di meja makan.
So macam mana, simple je kan menu ni? Kalau korang nak tengok video original Kerabu Suhun KA ni boleh klik je kat sini. Selamat mencuba dan berbuka puasa semua!