30 Hari 30 Resepi by Khairul Aming: Cucur Udang Crispy

You are currently viewing 30 Hari 30 Resepi by Khairul Aming: Cucur Udang Crispy

Hai semua! Siapa tak tengok lagi resepi Laksa penang yang KA buat boleh tengok kat sini. Min dah cuba buat dan memang menjadi! Kalau yang suka pedas, tambah je cili kering atau cili tu lebih. Suka yang masam, perah limau kasturi banyak sikit.

Ok, so harini min nak kongsikan pula resepi kudap-kudapan dari KA juga, iaitu Cucur Udang Crispy. Menu ni makan panas-panas waktu petang memang ngam sangat. Ehh tapi ni bulan puasa, jangan pula korang makan waktu petang tu pukul 5 hehe. Jom kita semak resepinya kat bawah ni.

MENU: CUCUR UDANG CRISPY

Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 10 minit
Jumlah hidangan: 2-3 orang

Bahan-bahan:

  • Daun kuchai (boleh juga guna daun bawang)
  • Bawang merah (dihiris)
  • Lobak merah (disagat)
  • Taugeh
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/2 sudu kecil gula
  • Garam & serbuk perasa
  • 1 biji telur

Cara-cara:

masukkan sayuran
  • 1. Pertama sekali, masukkan daun kuchai (kalau tak ada, boleh gunakan daun bawang), bawang merah, lobak merah dan taugeh.
tepung dan serbuk perasa
  • 2. Kemudian, masukkan 2 cawan tepung gandum, baking powder, serbuk kunyit sedikit, gula untuk seimbangkan rasa, garam dan serbuk perasa secukupnya serta 1 biji telur.
adunan cucur
  • 3. Gaul rata dulu, kemudian tuangkan air sejuk (paling bagus gunakan air yang berais) ke dalam mangkuk tadi. Kemudian, sambung gaul sehingga adunan sebati. Pastikan adunan tak terlalu lembik dan tak terlalu keras.
tekap udang
  • 4. Seterusnya, ambil senduk dan letakkan adunan. Ambil udang seekor dan tekapkan saja di atas adunan tadi.
  • 5. Selepas itu, tolak adunan cucur udang tadi ke dalam kuali dan goreng sehingga rangup. Ulang langkah di atas mengikut kuantiti cucur udang yang korang nak buat.
  • 6. Akhir sekali, setelah siap menggoreng, potong-potong cucur udang dan bolehlah dicicah bersama sos cili thai panas-panas.

Selamat mencuba!

Video penuh dari Tiktok KA: Resepi Cucur Udang Crispy

Leave a Reply