Saya rasa lapar la nak makan cheese naan. Tapi saya rasa macam nak makan ayam tandori juga ni. Aduhai… Mana port yang best nak makan ni? Hi semua, hari ini Izzah nak tunjukkan dekat korang semua, satu tempat yang menyediakan cheese naan dan ayam tandoori yang sememangnya akan memikat selera korang semua iaitu Uncle Aru’s Tandoori & Naan atau lebih dikenali dengan Tandoori Hut.
Terletak di Ampang, Tandoori Hut ni menjanjikan satu kepuasan buat pelanggannya terutama sekali apabila mereka sudah merasai ayam tandoori dan roti naan di restoran itu dan mengakui kesedapan juadah terbabit. Pelbagai review telah dibuat mengenai kesedapan makanan di tempat ini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tempat yang menjual ayam tandoori yang sedap, klik link ini: https://purpledurian.my/makan/nikmati-masakan-rasa-asli-arabic-and-mediterranean-hanya-di-royal-bedouin/
Menu
Ayam Tandoori
Berbeza dengan ayam tandoori yang lain yang mempunyai pewarna merah untuk menampakkan ayam tandoori mereka nampak lebih menggiurkan, di Tandoori Hut, mereka mengekalkan warna asli maka ayam di Tandoori Hut memiliki warna kuning yang nampak lebih asli. Sudahlah asli, sedap pula tu. Harga ayam tandoori ni juga berpatutan iaitu hanya RM7.50! Korang akan berasa rugi kalau korang tak cuba!
Cheese Nan
Tengok aje pun dah buat korang rasa lapar kan? Yang bestnya cheese nan ni, cheese di dalam roti nan ini amat banyak! Sememangnya berbeza dengan cheese nan yang lain. Harga cheese nan ini bermula dari RM7.50. Berbaloi sungguh kalau korang datang dan makan cheese nan kat sini!
Konklusinya, Uncle Aru’s Tandoori & Naan ni sememangnya patut menjadi salah satu tempat untuk korang cuba makan! Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai tempat ni, korang boleh skrol ke bawah. Untuk maklumat lanjut tentang tempat makanan yang sedap di sekitar Kuala Lumpur, klik link ini: https://purpledurian.my/makan/viral/lucianos-italian-street-food-citarasa-dan-sentuhan-piza-jalanan-itali-di-kuala-lumpur/?expand_article=1
Location
📍 Uncle Aru’s Tandoori & Naan (Tandoori Hut)
449-G, Jalan 5, One Ampang Avenue, 68000 Ampang, Selangor
🕕Operation Hours : Setiap hari ( 6 pm – 12 am)
🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/vap5Bdx881zccptN8
📲Phone: 019-282 3320
Article currated by Izzah Norsham