Syurga Bagi Pencinta Dessert, Tapi Overrated. Betul ke? | Suka Dessert

You are currently viewing Syurga Bagi Pencinta Dessert, Tapi Overrated. Betul ke? | Suka Dessert

Nama Suka Dessert ni dah terkenal sangat kan dalam kalangan pencinta coklat atau manisan di Malaysia ni. Kalau nak makan coklat je mesti nama Suka Dessert ni yang keluar dari mulut-mulut orang sebab memang dah terkenal kan. Siapa pernah try? 

Memang tak dinafikan, coklat yang digunakan oleh Suka Dessert memang terasa premiumnya tapi bagi yang ‘sweet tooth’ memang inilah syurga bagi mereka tapi bagi mereka yang tak begitu gemarkan manisan coklat, maybe mereka akan rasa Suka Dessert ni sangatlah manis dan agak memuakkan mereka.

Kami sendiri dah pergi sendiri untuk try sebab ramai yang recommend manisan di sini dan kami akui yang Suka Dessert ni macam overhype sikit dari segi makanan dan rasanya. Tapi bagi harga, memang affordable untuk bahan-bahan yang mereka gunakan untuk pembuatan dessert mereka.

Korang nak tengok tak apa yang kami order?

Semua manis-manis sebab yelah coklat kan dan harga sangatlah berbaloi untuk semua makanan. Sebelum tu nak tunjuk kafe Suka Dessert ni kat korang dulu, senang korang nak refer nanti.

Terletak di Selayang

Kat sini, stok memang banyak tau, korang tak perlu risau. Masuk je korang ke dalam kafe ni korang boleh nampak banyak dessert sedang disediakan oleh staff mereka yang friendly. 

Seronok betul tengok manisan macamni kan? 😍🤤

Ada section yang korang boleh minta staff mereka custom dessert korang tau. Bagitahu je nak apa nanti staff mereka buatkan untuk korang.

Kat sini kami order Suka Stick-Brownies Stick.
Meriah betul coklat yang mereka letak kan!
Cheese Tart 🧀🍫
Biscoff Donut. Besar tau korang.
Choc Cheese in Cup! Penuh betul cheese dalam ni.
Korang kena mix semua bahan dalam cup ni tau baru korang dapat rasa yang balance antara cheese dan coklat tu!
Inilah semua yang kami order.

Overall, experience kami makan di sini agak memuaskan cuma dessert mereka agak memuakkan bagi kami. Apa-apa pun memang sedap tau dessert kat sini! Memang worth a try! Korang yang belum try tu boleh cepat-cepat serbu kafe ni tau. Yang duduk jauh pun korang boleh cuba untuk order dengan agen yang diiktiraf oleh Suka Dessert sendiri. Jangan kena scam tau! Enjoy 😆

Lokasi📍

Suka Dessert

G-08, Residensi 280, 

1KM, Selayang – Kepong Hwy,

 68100 Batu Caves, Selangor

Google Maps: Suka Dessert