Sushi Kazoku: Syurga Untuk Sushi Eaters

You are currently viewing Sushi Kazoku: Syurga Untuk Sushi Eaters

Dalam Sunway Putra Mall ada sushi place yang Min nak recommend untuk penggemar sushi bernama Sushi Kazoku. Ada yang tak makan sushi tapi nak try Japanese cuisine yang lain? Jangan risau sebab selain daripada sushi, Sushi Kazoku ada sediakan bento dan lain-lain.

Sushi Kazoku
Sushi Kazoku (Facebook Sushi Kazoku)

Interior Design

Design Sushi Kazoku memang matching dengan konsep Japanese restaurant, tambah pulak ada hiasan pokok Sakura dan tatami seating for those yang nak authentic experience ala-ala makan kat Jepun. Suasana dalam Sushi Kazoku juga tenang dan selesa with ton warna yang lembut, sangat sesuai untuk netizen yang nak relax dan berehat.

Sneak Peek Dalam Sushi Kazoku
Sneak Peek Dalam Sushi Kazoku (google.com)

Menu

Menu utama Sushi Kazoku semestinya hidangan sushi termasuk dengan hidangan Jepun yang lain. Ada banyak pilihan tau.

Antaranya:

  • Salmon Hana Sushi Belt
  • Kazoku Bento
  • Chicken Nanban Set
  • Sushi
  • Beef Sukiyaki
  • Gyoza
  • Nasi Lemak with Chicken Katsu & Onsen Egg
  • Yakisoba
  • Dragon Ball Lava
  • Salmon Aburi Mentai Mayo
  • Chicken Katsura Cheese Maki
  • Sashimi
  • Chicken Katsu Ramen
  • Tempura Zaru Soba
Tempura Zaru Soba
Tempura Zaru Soba (facebook Sushi Kazoku)
Chicken Katsu Ramen
Chicken Katsu Ramen (facebook Sushi Kazoku)

Sushi Kazoku ada juga Lunch Set dari 11:00 am – 3.00 pm

  • Curry Chicken Katsu Don
  • Chicken Teriyaki Don
  • Saba Teriyaki Don
  • Uma-Kara Ramen
  • Hokkaido Miso Ramen
  • Tokyo Shoyu Ramen
Curry Chicken Katsu Don
Curry Chicken Katsu Don (facebook Sushi Kazoku)

Based on Instagram Sushi Kazoku, harga untuk Beef Sukiya (RM32.90), Nasi Lemak with Chicken Katsu & Onsen Egg (RM14.90) dan Salmon Hana Sushi Belt (RM35). Bagi Min harganya agak pricey tapi dengan quality yang bagus, harganya boleh diconsider berbaloi.

Beef Sukiyaki
Screenshot Beef Sukiyaki (instagram Sushi Kazoku)
Nasi Lemak with Chicken Katsu & Onsen Egg
Screenshot Nasi Lemak (instagram Sushi Kazoku)
Salmon Hana Sushi Belt
Screenshot Mini Sushi Belt (instagram Sushi Kazoku)

Food

Netizen yang pernah makan di Sushi Kazoku meninggalkan reviews tentang betapa bagusnya makanan yang disediakan. Ada juga yang menyarankan Chawanmushi dan Dragon Ball Lava.

Review
Review (Google Review)
Review
Review (Google Review)

Review

Sushi Kazoku adalah restaurant yang berbaloi bagi netizen yang nak cuba pelbagai Japanese cusine sebab menunya ada banyak pilihan. Kazoku bermaksud keluarga dalam bahasa Jepun so korang memang dijemput untuk bawa family bersama. Customer service pun bagus. Netizen yang dah pernah makan di Sushi Kazoku jangan lupa tinggalkan komen ok!

Nak tau lagi tempat menarik di Kuala Lumpur? Klik link ini: https://purpledurian.my/news/bacha-coffee-di-malaysia-pengalaman-kopi-yang-mewah-yang-berasal-dari-marrakech-morocco/

Location & Info

Sushi Kazoku

📍 Sunway Putra Mall, 4-43A, No.100, 50350

🗺️ Google Maps: https://maps.app.goo.gl/7ooSrxaAzfgQBf5P6

⏰Waktu Operasi: 10.00 am – 10.00 pm

📲Phone: 011-6198 5006

📲Facebook: https://www.facebook.com/tokyosushimalaysia

📲Instagram: https://www.instagram.com/sushikazoku.malaysia/

Article curated by Nada Fariza