Selera Timur Tengah yang Lazat di Restoran Al Amar, Bukit Bintang KL

You are currently viewing Selera Timur Tengah yang Lazat di Restoran Al Amar, Bukit Bintang KL

Kuala Lumpur memang terkenal dengan makanan yang sedap-sedap belaka. Dari nasi lemak yang meleleh di mulut hingga durian yang kaw tim, KL memang syurga makanan. Kalau korang jenis yang suka atau ingin mencuba makanan Timur Tengah, jangan lepaskan peluang untuk menjamu selera di Restaurant Al-Amar di Bukit Bintang!

Al Amar ini sudah macam syurga bagi penggemar makanan Arab. Lokasinya pun tak susah nak cari. Restoran ini terletak dekat dengan pusat hiburan Bukit Bintang. Kalau ada yang jenis kaki shopping pun, boleh sahaja singgah ke restoran  Al Amar lepas habis “shopping” untuk isi perut yang kosong macam beg plastik yang korang beli barang.

Apabila korang mula-mula melangkah masuk ke dalam Al Amar, korang akan disambut oleh hembusan aroma rempah dan bunyi riuh rendah yang menarik hati. Rekaan dan hiasan dalaman klasik di dalam restoran ini memberikan perasaan selesa dan kehangatan seolah-olah korang berada di sebuah rumah Arab yang mesra. Lampu suluh yang lembut dan hiasan perabot yang indah menjadikan atmosfera di restoran itu begitu menenangkan.

Bagi korang yang nak try makanan arab dengan sentuhan Mediterranean, boleh klik di link ini

Suasana Luar Restoran Al-Amar (google.com)
Suasana Luar Restoran Al-Amar (google.com)
Suasana Dalam Restoran Al-Amar (google.com)
Suasana Dalam Restoran Al-Amar (google.com)

Menu

Tetapi yang benar-benar menghidupkan rstoran Al Amar adalah kepelbagaian hidangan lazat mereka. Dari hidangan klasik seperti hummus, tabbouleh, dan falafel hingga hidangan utama seperti shawarma dan biryani, setiap suapan adalah pengalaman yang mengasyikkan. Salah satu hidangan wajib yang korang kena mencuba adalah Shawarma, pilihan protein yang dihiris halus dan diperap dengan rempah ratus rahsia, dipanggang sehingga sempurna. Dihidangkan dengan roti Arab yang lembut dan pelbagai jenis sos, Shawarma di Al Amar pasti mencuri tumpuan korang. Selain itu, korang kena cuba jugak falafel dekat restoran ini. Falafel dorang memang antara yang direkomend oleh pekerja serta pelanggan dekat sini. “Oriental Rice With Lamb” dorang pun sangat menarik dan boleh membawa pengalaman kepada korang yang baharu dalam mencuba masakan timur tengah.

Shawarma 

Shawarma
Shawarma 

Di Al-Amar, mereka menawarkan pelbagai jenis shawarma yang korang bolen pilih mengikut citarasa korang. Ada shawarma daging, kambing, ayam, dan juga shawarma sayur untuk yang vegetarian. Malah dorang juga ada menyediakan set “mix platter” dimana ada kesemua gabungan jenis shawarma, jadi memang korang akan pilihan untuk mencuba dan memenuhi citrasa timur tengah korang. Shawarma terbabit disediakan dengan roti Arab yang gebu dan lembut. Lagi sedap kalau celup dengan hummus atau yogurt mint!. 

Falafel

Falafel
Falafel

Salah satu perkara yang membuat falafel di Al-Amar begitu istimewa adalah teksturnya yang sempurna. Lapisan luar falafel, yang digoreng hingga ranggup, memberikan keranggupan yang sangat memikat. Setiap gigitan akan memberi rasa keranggupan yang memuaskan, mengundang selera untuk mencuba lebih banyak lagi. Lapisan di dalamnya juga memberi sensasi dan kelembutan luar biasa. Sebuah falafel yang lazat, sudah tentu tak lengkap tanpa tambahan elemen lain  yang menyegarkan seperti potongan timun, tomato, dan taburan daun pudina yang harum. Tetapi, yang membuat falafel semakin menyelerakan adalah kepelbagaian sos seperti sos tahini atau sos pedas yang semestinya membangkitkan selera.

“Oriental Rice With Lamb”

“Oriental Rice With Lamb”
“Oriental Rice With Lamb”

Saat hidangan ini dihidangkan di meja korang, korang akan terpesona dengan gabungan warna dan aroma yang menakjubkan. Potongan daging kambing yang empuk dan lazat disajikan di atas nasi yang dicampur dengan herba aromatik, memberikan hidangan ini rasa yang benar-benar istimewa.

Rahsia utama di sebalik kelazatan hidangan ini adalah cara penyediaannya. Daging kambing yang dipilih dengan teliti diperap dengan rempah ratus rahsia seperti serbuk pelaga, serbuk kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sebelum ditumis hingga keperangan sempurna. Kemudian, daging yang ditumis akan direndam dengan stok daging yang banyak sehinggan daging itu lembut dan empuk. Daging ini kemudian  disajikan di atas nasi yang telah dimasak dengan rempah ratus dan herba segar sehingga setiap butir nasi memaparkan rasa rempah dan daging yang digunakan.

Tetapi, hidangan ini tidak lengkap tanpa pengiring yang sempurna. Hidangan Nasi Oriental dengan Daging Kambing ini disajikan dengan hidangan sampingan seperti hummus klasik yang lembut dan tabbouleh yang menyegarkan. Tabbouleh yang terdiri daripada pelbagai jenis herba segar, tomato dan bawang merah memberikan elemen kesegaran yang seimbang dengan kekayaan daging kambing dan nasi yang berempah. Min memang cadangkan sangat-sangat untuk korang cuba.

Review

Bag pendapat min, Restoran Al-Amar bukan sahaja menawarkan makanan yang memuaskan selera, tetapi juga suasana yang menenangkan. Dengan hiasan yang menggambarkan warisan dan budaya Timur Tengah yang kaya, setiap sudut restoran memancarkan kehangatan dan keramahan.  Kalau korang datang waktu malam pulak, Al Amar juga ada sesi “live music”. Jadi korang memang boleh lepaskan penat dengan makan sambil layan muzik yang dimainkan secara langsung. Suasana makan yang santai dan riang gembira!. Harga makanan kat Al Amar ni boleh min kategorikan dalam sederhana hingga mewah sikit. Tapi memandangkan saiz hidangan dia besar, korang boleh je berkongsi dengan rakan-rakan. Sebabnya, lagi sedap makan secara kumpulan kan?.

Jadi, kalau korang teringin nak pengalaman gastronomi Timur Tengah yang sedap di Bukit Bintang, Al Amar Restaurant memang tempat yang wajib dikunjungi. Hidangan dia yang autentik dan suasana restorannya yang mengujakan memang akan tinggalkan kenangan manis. Jom ajak kawan-kawan dan keluarga makan di Al Amar, makan sambil bergembira di tengah kesibukan KL!

Selain daripada makanan arab, korang juga boleh lah try nasi kandar yang dah trending dekat peringkat antarabangsa, korang boleh klik di link ini untuk info lebih lanjut

Lokasi

📍Al-Amar Restaurant 

Lot 6.10, Level 6, Pavilion Kuala Lumpur,  168 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/W8Dg8udnTMVCX2RK9

⏰ Waktu Operasi:  10.00am – 12.00am (Isnin-Ahad)

No Telefon: 603 2110 0855/ 6017 284 0874

📲Website:https://heylink.me/alamarlebanesecuisine/?fbclid=PAAaZ3kBrCD6yJHg1-Li6lCcStthFRTwuMo7FuD6jeAyeuvAoFhDPaFABeQV4

📲 Facebook: https://www.facebook.com/AlAmarLebaneseCuisine?mibextid=ZbWKwL

📲Instagram:https://instagram.com/alamarlebanesecuisine?igshid=MzRlODBiNWFlZA==

📲 Tiktok: https://www.tiktok.com/@alamarlebanesecuisine?_t=8f03LR1ZGMS&_r=1

Article Curated by Amir Haziq